ASNB Beri Amaran Tentang Kecurian Maklumat Penyimpannya

Pengurus Amanah Saham Bumiputeras (ASB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan beberapa aplikasi di Google Play Store yang menggunakan logo dan nama mereka secara tak sah. Dua aplikasi yang disenaraikan adalah

  • ASB PNB ASNB
  • ASB Kalkulator

Saya memasang kedua-dua APP itu masuk ke telefon untuk melihat sendiri bahagaimana rupa mereka.

ASB Kalkulator adalah satu APP kalkulator yang mengira hasil pelaburan ASB anda. Ia adalah app biasa yang menggunakan kaedah compounding interest. APP ini tidaklah mendatangkan kemudaratan kecuali pada limpahan iklan yang terpapar.

ASB Kalkulator

Yang menggusarkan adalah APP ASB PNB ASNB. App ini hanya mengandungi iframe kepada laman web MyASNB. Tapi ia dipakejkan dalam satu APP yang mungkin turut mengandungi keylogger yang boleh menghantar input pengguna kepada pihak pembangun APP.

myASNB akses melalui Browser vs. myASNB akses melalui APP

Ringkasnya, username dan password anda mungkin terdedah. Pengguna boleh terus melawan laman web itu menggunakan browser.

Kami meminta pengguna agar lebih berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu siapa pembangun APP yang ingin anda pasang pada telefon.

[Sumber: ASNB]