Hotlink bagi pilihan antara Facebook atau WhatsApp Tanpa-Henti PERCUMA?

Satu trend yang kelihatan di kalangan telco Malaysia sekarang adalah pemberian data tanpa had untuk aplikasi tertentu, terutama aplikasi sosial dan sembang (chat). Prabayar Hotlink nampaknya tidak mahu ketinggalan apabila kelihatan akan melancarkan pek sim baru yang menyediakan data tanpa had untuk sosial dan sembang.

Menerusi aplikasi Hotlink RED, ia memaparkan iklan yang menyatakan, Berpindah ke Hotlink RED Sekarang untuk Internet Tanpa-Had Percuma. Apabila ditekan, ia membawa ke laman penerangan bertajuk, ‘INTERNET TANPA HAD PERCUMA‘.

Laman itu menjelaskan terdapat dua pelan RED yang menawarkan Internet Tanpa-Henti PERCUMA iaitu RED Social dan Red Chat. Aplikasi yang disenaraikan dalam pelan tersebut adalah:

RED Social: Facebook, Instagram, Snapchat, Twitter & Pinterest

RED Chat: WhatsApp, WeChat, LINE, IMO & QQ

Tambahan lagi, ia juga menyatakan pas Internet harian dan mingguan akan ditingkatkan agar pengguna menerima lebih internet.

Bagi pengguna Hotlink sedia ada, untuk bertukar ke pelan RED yang baru ini akan dicas RM0.99. Tetapi jika bertukar, pengguna akan kehilangan kelebihan yang dinikmati dalam pelan sedia ada seperti tempoh sah panjang 90/365 hari, nombor panggilan istimewa 5 Friendz, dan mungkin juga internet percuma 1GB setiap Sabtu & Ahad.

Apabila dihubungi pusat khidmat pelanggan Hotlink, mereka menerangkan pelan RED yang baru ini akan berkuat kuasa 19 Januari 2018. Lebih banyak maklumat akan dipaparkan bermula tarikh tersebut, iaitu esok. Pengguna pelan baru Hotlink RED ini akan turut diberikan 10GB data khas Facebook bersama 500MB data asas.

Jika anda pengguna Hotlink, adakah anda sanggup mengorbankan 1GB percuma setiap Sabtu & Ahad untuk Internet Tanpa-Henti bagi aplikasi terpilih seperti Instagram atau Whatsapp?

BACA  Huawei Watch GT & TalkBand B5 masuk Malaysia bulan depan

Kita tunggu pengumuman rasmi daripada Hotlink esok untuk lebih banyak info berkenaan pelan baru RED Social dan RED Chat ini.