Osmo Mobile 2 Akan Memasuki Malaysia Dan Harganya Nyata Berbaloi

Pada awal bulan ini, DJI ada mengumumkan Osmo Mobile, gimbal telefon pintar, generasi kedua. Mereka meletakkan harga yang nyata lebih murah berbanding Osmo Mobile 1 dilancarkan. Di U.S, Osmo Mobile 2 akan dijual pada harga USD 129 berbanding USD 299 Osmo Mobile 1 semasa dilancarkan.

Trend yang sama turut dinikmati di Malaysia apabila gimbal itu  dijual di Malaysia kelak.

Pada harga RM588, anda pastinya akan mendapati bahawa teknologi gimbal kini lebih mudah diakses pengguna biasa. Ia adalah satu berita yang baik terutama buat anda yang gemar menghasilkan video kreatif.

Satu perubahan ketara gimbal generasi kedua berbanding pertama adalah hayat penggunaan. Kini anda boleh menggunakan Osmo Mobile 2 selama 15 jam lamanya berbanding sekitar 4.5 jam pada versi terdahulu.

Baterinya kini tidak lagi boleh diceraikan daripada badan dan pengecasan dilakukan melalui port USB pada badan gimbal.

APP kamera turut dikemas kini dengan beberapa pertambahan mode baru. Anda boleh mencuba mode sperti

  • Timelapse
  • Motionlapse
  • Hyperlapse
  • Slow-mo
  • Zoom Control

DJI Osmo Mobile 2 dijangka mula dijual Mac 2018. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.