• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jualan terlampau murah Huawei Matebook, MateDock & MatePen hanya RM1,599

  • OLEH Najib
  • 9:50 pm
  • 19/01/2018
  • Komen
Jualan terlampau murah Huawei Matebook, MateDock & MatePen hanya RM1,599
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda berangan untuk mendapatkan laptop yang nipis, ringan dan cukup bertenaga, cuba realisasikannya minggu depan. Huawei Mobile menerusi Facebooknya, akan membuat menjual Huawei Matebook dengan diskaun melampau sebanyak RM4,568!

Bersiap sedia pada hari Isnin, 22 Januari 2018 jam, 3 petang. Pada waktu ini, Huawei akan menjual Matebook + MateDock + MatePen pada harga RM1,599 sahaja. Harga asal untuk ketiga-tiga produk ini adalah RM6,167 (RM5,399+399+369). Jualan akan diadakan di Vmall Malaysia.



Enjoy more than 70% off the Huawei Matebook + MateDock + MatePen, at only RM1,599 (from RM6,167)! Sale begins at 3PM,…

Posted by Huawei Mobile on Friday, 19 January 2018


Diskaun sebanyak RM4,568 menjadikan kombinasi Huawei Matebook berharga RM1,599. Potongan harga yang sangat menakjubkan.

Walaupun Huawei Matebook dilancarkan pada 2 tahun lepas, ia masih memiliki spesifikasi yang tidak kurang hebat masa kini. Ia diperkasa pemproses Intel Core m5 generasi ke-6, RAM 8GB dan SSD 256GB. Windows 10 64-bit Home menjadi teras sistem operasinya.

Skrin sentuhnya berukuran 12-inci dengan resolusi 2160×1440. Ia menggunakan konsep Microsoft Surface Pro, di mana skrin utama adalah tablet yang disambungkan ke papan kekunci boleh cabut dan turut bertindak sebagai penutup.



Disebabkan ia amat nipis, ia hanya memiliki satu port USB-C yang turut bertindak sebagai bekalan tenaga. Kerana itu tawaran ini menyertakan perkakas tambahan MateDock, yang menjadikan satu port USB-C kepada port VGA, HDMI, 2x USB3.0, LAN dan USB-C.

MatePen pula bertindak sebagai stylus dengan sensor tekanan 2,048 tahap. Ia memiliki lazer yang boleh digunakan sebagai persembahan slaid dan boleh disimpan di dalam MateDock.

Untuk semua perkara di atas, harga RM1,599 sememangnya sangat berbaloi-baloi. Jika anda juga ingin menyertai kami untuk mendapatkan Huawei Matebook pada harga dahsyat ini, jangan lupa bookmark laman jualannya di Vmall Malaysia.

Tags: HuaweiHuawei MatebookHuawei MateDockHuawei MatePen
Najib

Najib

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

3 Februari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER