• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satu mesej machai boleh musnahkan hidup pengguna iPhone

  • OLEH Najib
  • 8:47 pm
  • 19/01/2018
  • Komen
Satu mesej machai boleh musnahkan hidup pengguna iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Satu pepijat telah ditemui di dalam sistem operasi iOS di mana ia boleh menjahanamkan aplikasi Messages dan seterusnya membuatkan iPhone tersebut beku, atau mati, atau restart. Hanya dengan menghantar satu pautan yang direka secara istimewa.

Pepijat ini telah ditemui oleh seorang pembangun perisian, Abraham Masri. Dan beliau menamakan pepijat itu chaiOS. Bukan ma-chai tapi chaiOS.



? Effective Power is back, baby!

chaiOS bug:
Text the link below, it will freeze the recipient’s device, and possibly restart it. https://t.co/Ln93XN51Kq

⚠️ Do not use it for bad stuff.
—-
thanks to @aaronp613 @garnerlogan65 @lepidusdev @brensalsa for testing!

— Abraham Masri (@cheesecakeufo) January 16, 2018

chaiOS mempergunakan fungsi Messages yang memaparkan previu pautan apabila dikongsi. Masri menerangkan kepada BuzzFeed News, beliau mencipta satu laman web di GitHub dan memuatkannya dengan beratus ribu metadata perkataan, huruf dan simbol yang tidak berkaitan. Messages akan pening kerana cuba membaca semua maklumat yang tak dijangka ini, dan ini mungkin menghentikan juga sistem operasi.

Bagaimanapaun, Masri telah pun menutup laman web ujian chaiOS beliau di GitHub dan tidak akan membinanya semula . Beliau membuat pengumuman ini untuk mendapatkan perhatian dari Apple sahaja, agar mereka membaiki pepijat ini.



The bug I released was to get @Apple‘s attention. It’s just an html file.@Github always hosted jailbreaks (even .ipa files) that might’ve included malware. I don’t understand why you’d ban my account.
Btw, I always report bugs before releasing them.

— Abraham Masri (@cheesecakeufo) January 17, 2018

Jika anda terkena dengan pepijat chaiOS ini dan Messages tidak lagi berfungsi, beberapa langkah yang boleh diambil adalah:

  • Block domain laman web – Contohnya laman web pepijat adalah GitHub, maka pergi ke Settings di Safari, kemudian pilih General > Restrictions > Enable Restrictions > Websites > Limit Adult Content > Never Allow > GitHub.io.
  • Delete mesej pautan – jika anda bernasib baik, anda sempat untuk mengenal pasti mesej pepijat chaiOS dan memadamnya sebelum ia memaparkan previu.
  • Reset iPhone ke tetapan kilang – ini boleh dikatakan cara terakhir kerana ia juga akan memadamkan semua fail, gambar, video dll. Jangan buat jika anda tidak membuat salinan, dan mungkin lebih baik tunggu penyelesaian di bawah ini.
  • Tunggu kemaskini Apple – Apple telah mengesahkan baik pulih pepijat chaiOS sedang dalam pembikinan dan akan disebarkan dalam kemaskini akan datang, sekitar minggu depan.

[Sumber: BuzzFeed News]

Tags: appleapple iphoneApple MessageschaiOSiphone
Najib

Najib

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Satu mesej machai boleh musnahkan hidup pengguna iPhone

Satu mesej machai boleh musnahkan hidup pengguna iPhone

19 January 2018
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER