• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft sahkan Surface Book 2 akan dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:32 pm
  • 22/01/2018
  • Komen
Microsoft sahkan Surface Book 2 akan dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja Malaysia menerima penjualan Microsoft Surface Laptop yang akan tiba pada Februari depan, kini datang lagi satu berita akan kedatangan satu lagi produk mereka. Microsoft Surface Book 2 yang lebih berkuasa dari Surface Laptop, diumumkan akan dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Blog Microsoft menyatakan, Malaysia adalah antara pasaran yang akan menerima Microsoft Surface Book 2 13″ dan 15″, sekitar bulan Februari ke April. Malaysia menyertai 16 negara lain yang akan mula menjual Surface Book 2 buat pertama kali.



Surface Book 2 adalah laptop paling berkuasa dihasilkan Microsoft, lebih baik dari Surface Laptop dan juga Surface Pro. Ini kerana ia boleh dimuatkan kuasa pemproses sehingga Intel Core i7 generasi ke-8, bersama kad grafik NVIDIA GeForce GTX10 terbina di dalam.

Selain itu, ia juga adalah laptop pelbagai guna. Skrinnya boleh dicabut dari papan kekunci dan berfungsi sebagai tablet. Ini menjadikan skrinnya boleh diputar untuk kegunaan dalam pelbagai situasi.



Tidak seperti Surface Pro dan Surface Laptop, Microsoft menyediakan port sambungan lebih lengkap di Surface Book 2 seperti port USB-A 3.1, port USB-C, pembaca kad memori SD, port audio 3.5mm dan port Surface Connect. Tidak perlu bergantung pada dongle tambahan untuk menambah sambungan.

Surface Book 2 hadir dalam dua saiz skrin sentuh dengan nisbah 3:2, iaitu 13.5-inci dengan resolusi 3000×2000 (267 PPI) atau 15-inci beresolusi 3260×2160 (260 PPI). Paling penting, ia dibekalkan sistem operasi Windows 10 Pro.

Kuasa Surface Book 2 ditawarkan dengan pemproses Core i5-7300U atau Core i7-8650U, RAM LPDDR3 8GB atau 16GB, serta storan SSD dari 256GB hingga 1TB. Kuasa grafik pula diuruskan oleh cip Intel HD Graphics 620 untuk model Core i5, dan di antara NVIDIA GeForce GTX 1050 bagi model Core i7 dengan skrin 13.5inci, atau NVIDIA GeForce GTX 1060 bagi model 15-inci.

Untuk anggaran harga, Surface Book 2 telah dijual di Amerika Syarikat dengan harga berikut:

  • 13.5″ Intel Core i5-7300U/8GB RAM/256GB SSD/HD Graphics 620 – USD1,499 (~RM6,000)
  • 13.5″ Intel Core i7-8650U/8GB RAM/256GB SSD/GeForce GTX1050 – USD1,999 (~RM8,000)
  • 13.5″ Intel Core i7-8650U/16GB RAM/512GB SSD/GeForce GTX1050 – USD2,499 (~RM10,000)
  • 13.5″ Intel Core i7-8650U/16GB RAM/1TB SSD/GeForce GTX1050 – USD2,999 (~RM12,000)
  • 15.0″ Intel Core i7-8650U/16GB RAM/256GB SSD/GeForce GTX1060 – USD2,499 (~RM10,000)
  • 15.0″ Intel Core i7-8650U/16GB RAM/512GB SSD/GeForce GTX1060 – USD2,899 (~RM11,600)
  • 15.0″ Intel Core i7-8650U/16GB RAM/1TB SSD/GeForce GTX1060 – USD3,299 (~RM13,300)

Surface Book 2 boleh dibandingkan dengan laptop Dell XPS 13 baru yang akan dijual di Malaysia hujung bulan ini. Dell XPS 13 akan dijual bermula dari RM5,999, berkemungkinan harga yang lebih rendah dari Surface Book 2 paling asas. Tetapi masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Adakah anda akan menantikan ketibaan Surface Book 2 ini, atau pergi mendapatkan model lain seperti Dell XPS 13? Sambil menunggu tu, cuba semak maklumat lanjut tentang laptop Microsoft ini di laman produk Microsoft Surface Book 2 Amerika Syarikat.

[Sumber: Microsoft]

https://youtu.be/m0WhrRIqT6Y

Tags: MicrosoftMicrosoft Surface Book 2Surface Book 2Surface Book 2 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Microsoft sahkan Surface Book 2 akan dijual di Malaysia

Microsoft sahkan Surface Book 2 akan dijual di Malaysia

22 January 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER