Diskaun hingga RM500 untuk Nubia Z17 Mini 6GB dan Nubia Z17s 8GB

Adakah anda berminat memiliki telefon pintar kelas pertengahan dengan RAM sebesar 6GB dan storan dalaman 128GB? ZTE Nubia Z17 Mini boleh memenuhi kehendak anda apatah lagi apabila ia dipotong RM300 dari harga asal sempena Tahun Baru Cina.

Nubia Malaysia kini menawarkan Nubia Z17 Mini pada harga RM1,399 sahajadi Lazada, RM300 diskaun dari harga asalnya RM1,699. Ia bertambah menarik kerana telefon ini memiliki 6GB RAM dan 128GB storan, di samping pemproses kelas pertengahan Snapdragon 653.

Telefon ini juga menyokong kad mikroSD untuk storan tambahan, melalui slot kad sim hibrid yang menyokonh dua kad sim, atau kad sim dan kad mikroSD. Tetapi Nubia Z17 Mini memiliki skrin kecil, berukuran 5.2-inci HD Penuh dengan nisbah 16:9. Skrin kecil juga membuatkan ia memiliki kapasiti bateri agak kecil iaitu 2,950mAh.

Kamera belakang Nubia Z17 Mini memiliki dua lensa, gabungan sensor monokrom dan RGB 13MP f/2.2. Manakala kamera hadapan pula menggunakan sensor 16MP f/2.0 dengan fungsi kecantikan automatik.

Atau kalau anda mahukan sesuatu yang lebih ekstrem, Nubia Malaysia turut menawarkan telefon terbaik mereka pada harga lebih rendah. Nubia Z17S dengan 8GB RAM, 128GB storan serta kuasa pemproses Snapdragon 825 dijual pada harga RM2,599 di Lazada.

Nubia Z17S memiliki skrin 17:9 berukuran 5.73-inci. Baterinya pula 3,100mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4.0.

Kameranya lebih menarik kerana ia memiliki dua kamera belakang, 23MP f/2.0 dan 12MP f/1.8 yang memberikan kesan zum optikal 2x. Kamera hadapan juga dua lensa, kedua-duanya 5MP f/2.2.

Kedua-dua telefon Z17 Mini dan Z17s ditawarkan dalam warna Aurora Biru sahaja. Jika berminat, boleh lawati Stor Nubia Malaysia di Lazada.