• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Mavic Air Adalah Hasil Suai Padan Mavic Pro & Spark

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:45 pm
  • 23/01/2018
  • Komen
DJI Mavic Air Adalah Hasil Suai Padan Mavic Pro & Spark
Share on FacebookShare on Twitter

DJI Spark adalah dron paling kompak pernah dihasilkan DJI manakala Mavic Pro ditujukan khas untuk prosumer yang memerlukan sebuah dron bermobiliti tinggi. Hasil gabungan dua dunia tersebut, DJI hari ini hadir dengan Mavic Air.

Pada helaian spesifikasi, Mavic Air adalah sebuah hibridisasi antara dua dron tercanggih pernah dihasilkan mereka. Secara kasarnya, Mavic Air memiliki keupayaan pengimejan yang mantap tetapi masih hadir dalam pakej kompak.



Mavic Air, walaupun kerdil, ia masih boleh dilipat bagi meingkatkan tahap mobiliti.

Gimbal pada dron ini memiliki tiga paksi berbanding dua paksi yang ada pada Spark. Ia memberikan prestasi penstabilan imej yang lebih setanding Mavic Pro.



Fungsi QuickShot adalah ciri unik pada DJI Spark. Menggunakannya, anda boleh mendapatkan rakaman yang biasanya amat sukar dilakukan secara manual. Tapi pada Mavic Air, DJI telah menambah dua lagi helah padanya untuk menjadikan 6 mod rakaman iaitu:

  • Rocket
  • Dronie
  • Circle
  • Helix
  • Asteroid
  • Boomerang

Ini adalah beberapa spesifikasi utama DJI Mavic Air:

  • Sensor CMOS 1/2.3″ beresolusi 12MP
  • Gimbal 3 paksi
  • Berat 430g
  • Tempoh terbang sehingga 21 minit
  • Sensor pengesan halangan depan dan bawah
  • Mampu merakam video 4K@30fps
  • Kawalan menggunakan lenggok tangan

DJI Mavic Air akan hadir dalam tiga warna iaitu putih, hitam dan merah. Tempahan untuk memiliki dron ini akan dibuka hari ini dan mula dijual 28 Januari ini di US. Mavic Air dijual pada harga serendah USD799 (RM3,138) sebuah manakala set Fly More Combo pula dijual pada harga USD999 (RM3,923).

Tags: djidji mavic airdji mavic proDJI SparkDronemavic airmavic pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DJI Mavic Air Adalah Hasil Suai Padan Mavic Pro & Spark

DJI Mavic Air Adalah Hasil Suai Padan Mavic Pro & Spark

23 January 2018
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN