• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih 90% pengguna Google mudah digodam kerana tiada 2FA

  • OLEH Najib
  • 1:00 pm
  • 24/01/2018
  • Komen
Lebih 90% pengguna Google mudah digodam kerana tiada 2FA
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap hari semakin banyak berita tentang masalah keselamatan siber dilaporkan. Pelbagai cara digunakan penggodam untuk menipu pengguna dan mencuri maklumat peribadi mereka. Kerana itu sebagai pengguna kita juga harus bijak menangkis serangan sebegini, apatah lagi dengan telefon pintar menjadi teman setia sepanjang masa.

Salah satu langkah pertahanan paling berkesan untuk mempertahankan akaun di dunia maya dari digodam adalah mengaktifkan sistem Pengesahan Dua Tahap (Two Factor Authentication – 2FA). Dengan 2FA, pengguna memerlukan pengesahan kedua selepas memasukkan daftar nama dan kata laluan sebelum mendapat akses ke dalam akaun.



Notifikasi Prompt terpapar di pelayar dan telefon apabila akaun Google didaftar masuk

Contohnya untuk akaun Google (Gmail, Drive, Keep, Calendar, Maps, dll), mereka menyediakan sistem 2FA dalam bentuk penghantaran kod SMS, panggilan, aplikasi Google Authenticator serta notifikasi Prompt. Malangnya, kurang dari 10% pengguna Google yang menggunakan 2FA ini.



Seorang jurutera perisian Gogole, membentangkan penemuan beliau di persidangan keselamatan Usenix Enigma 2018. Grzegorz Milka menerangkan kurang dari 10% pengguna aktif Google yang menggunakan 2FA.

Ia bertambah teruk dengan penggunaan kata laluan yang mudah diteka. Laporan oleh SplashData menyatakan, kata laluan yang paling banyak digunakan pada tahun 2017 adalah 123456, Password dan qwerty.

Apabila ditanya mengapa Google tidak mewajibkan 2FA kepada semua, Milka menjawab kerana ia boleh memaksa pengguna berhenti menggunakan servis Google. Ini kerana terdapat pengguna yang masih bermasalah untuk memahami penggunaan 2FA, seperti memasukkan kod SMS, atau mendapatkan kod dari Google Authenticator.

Sebelum anda menutup pelayar, pastikan anda telah mengaktifkan 2FA bukan sahaja pada akaun Google anda, malah mana-mana akaun yang ada menyediakan tetapan 2FA. Untuk akaun Google, anda boleh mengaktifkannya di sini.

Lindungi akaun dengan mengaktifkan tetapan 2FA

Selain itu, kata laluan yang lebih panjang juga dapat membantu dari digodam. Ia tidak perlu banyak simbol atau nombor di dalamnya. Kebiasannya, penggodam menggunakan perisian yang membuat tekaan kata laluan. Tekaan ini akan bermula dari jumlah aksara yang pendek, bermakna ia mengambil lebih banyak masa untuk sampai meneka lebih banyak aksara.

Paling penting, amalkan penggunaan internet yang selamat seperti tidak menekan sebarang pautan yang tidak diketahui asal-usul, serta tidak memuat turun sebarang fail dari sumber yang diragui.

[Sumber: 9to5google]

Tags: 2FAGoogleGoogle 2FA
Najib

Najib

POPULAR

Lebih 90% pengguna Google mudah digodam kerana tiada 2FA

Lebih 90% pengguna Google mudah digodam kerana tiada 2FA

24 January 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN