• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satu telco rahsia muncul dengan pelan fleksibel

  • OLEH Najib
  • 7:49 pm
  • 24/01/2018
  • Komen
Satu telco rahsia muncul dengan pelan fleksibel
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini kita dapat melihat kemunculan pemain telco baru dengan tawaran pelan internet yang berbeza dari biasa, seperti TuneTalk Vibe, ookyoo oleh Maxis, tapp oleh Digi, serta unifi mobile dari TM. Hari ini, satu jemputan tiba di emel kami yang menjemput ke majlis pelancaran sebuah telco baru.

Dalam jemputan tersebut, ia menyatakan dirinya menawarkan pelan yang bukan prabayar atau pascabayar, tetapi sesuatu yang berbeza dari pelan tradisional. Mereka menjanjikan pelan dengan pilihan bebas, fleksibel dan memberi kuasa kepada pengguna.



Dalam jemputan tersebut, mereka turut menyatakan tanda pagar #youdoitbetter. Apabila carian dibuat, ia membawa kepada twitter ini:

Time to start getting what you want. Because #youdoitbetter. Coming to you 29.1.18. pic.twitter.com/sI5h9WsJMW

— Yoodo (@yoodoMY) January 16, 2018

Dari tweethandle iaitu @yoodoMY, ini bermaksud bahawa nama telco baru ini adalah yoodo. Tidak hairan ia mennggunakan tanda pagar #youdoitbetter.



Lebih menarik lagi, carian lanjut tentang yoodo membawakan kepada laman web pendaftaran yoodo. Dari laman web ini, kita dapat melihat pilihan pelan yang ditawarkan, memang sangat fleksibel.

Pelan ini boleh diubahsuai dengan memilih berapa banyak data, sms dan minit panggilan yang mahu dilanggan. Contohnya data 5GB sebulan berharga RM30, manakala panggilan 50 minit berharga RM5. SMS pula hanya RM3 untuk 50 unit sebulan. Sudah pasti, lebih banyak yang mahu dilanggan maka harganya menjadi lebih murah seunit.

Siapakah di belakang yoodo ini sebenarnya? Jawapan ini akan terjawab pada hari pelancarannya, iaitu hari Selasa depan, 30 Januari 2018. Nantikan laporan lanjut dari majlis pelancarannya kelak

Tags: yoodoyoodo Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Satu telco rahsia muncul dengan pelan fleksibel

Satu telco rahsia muncul dengan pelan fleksibel

24 January 2018
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN