• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cubaan pertama OPPO dengan OPPO F5 Dashing Blue

  • OLEH Najib
  • 12:56 pm
  • 25/01/2018
  • Komen
Cubaan pertama OPPO dengan OPPO F5 Dashing Blue
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melancarkan telefon pintar OPPO F5 dalam warna emas, hitam dan merah edisi terhad 6GB, OPPO Malaysia dilihat akan melancarkan satu lagi warna menarik buat OPPO F5. Ia digelar Dashing Blue, atau warna biru.

OPPO Malaysia akan mula menjual warna baru OPPO F5 ini pada Hari Valentine yang jatuh pada 14 Februari akan datang. Kebiasannya, OPPO akan mengeluarkan edisi merah untuk hari sebegini, tetapi mungkin ia tersilap menyusun jadual.



Warna biru yang ditampilkan ini sama sekali berbeza dari apa yang OPPO pernah lakukan sebelum ini. Ia menggunakan kemasan yang berkilauan, licin seperti kaca. Warna biru sebegini saling tidak tumpah dengan telefon pintar honor 8.

Spesifikasi bagi edisi biru ini dijangka sama seperti sedia ada, iaitu skrin nirbingkai 18:9 berukuran 6-inci HD Penuh, pemproses Mediatek MT6737T, 4GB RAM dan 32GB storan dalaman. Kamera hadapannya 20MP f/2.0 dengan bantuan kecantikan AI, manakala kamera belakangnya 16MP f/1.8. Bateri pula sebesar 3,200mAh.



OPPO F5 edisi biasa dengan 4GB RAM dijual pada harga RM1,298. Edisi khas Fattah Amin berwarna hitam yang datang bersama pelbagai hadiah tambahan, turut dijual pada harga yang sama iaitu RM1,298.

Jadi, OPPO F5 Dashing Blue jika disertakan beberapa aksesori baru, dijangka akan dijual pada harga RM1,298 juga.

Jika anda memang meminati OPPO F5 apatah lagi dengan warna biru berkilauan ini, jangan lupa tarikh 14 Februari nanti. Tak perlu ada pasangan pun boleh beli ni. Rasanyalah.

Tags: oppoOPPO F5OPPO F5 BiruOPPO F5 Dashing BlueOPPO F5 MalaysiaOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Cubaan pertama OPPO dengan OPPO F5 Dashing Blue

Cubaan pertama OPPO dengan OPPO F5 Dashing Blue

25 January 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN