• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fitbit sah menguburkan Pebble tahun ini

  • OLEH Najib
  • 7:42 pm
  • 25/01/2018
  • Komen
Fitbit sah menguburkan Pebble tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Pebble adalah satu revolusi jam pintar sebelum tibanya Android Wear dan Apple Watch. Ia lahir dari Kickstarter dan dibeli oleh Fitbit, pengeluar peranti kecergasan yang popular.

Tidak lama selepas itu, Fitbit mengumumkan pemberhentian sokongan dan pengeluaran Pebble.



Hari ini, satu post di blog Fitbit mengesahkan tarikh akhir sokongan terhadap produk Pebble. Iaitu 30 Jun 2018.

Pebble Time dalam kenangan



Sebenarnya tarikh ini adalah lanjutan dari pengumuman pertama yang menyatakan sokongan Pebble akan berakhir pada hujung bulan ini.

Walau bagaimanapun, pengguna Pebble yang mahu kekal menggunakan jam Pebble mereka boleh terus berbuat demikian. Tetapi fungsi-fungsi ini tidak boleh digunakan lagi:

  • Pebble app store
  • Pebble forum
  • Pengecaman suara
  • Membalas SMS dan emel
  • Timeline pins dari aplikasi pihak ketiga
  • Kit Pembangunan CloudPebble

Sudah pasti, kemaskini aplikasi iOS dan Android juga dihentikan. Aplikasi Pebble ini masih menyokong sistem operasi terkini iOS 11 & Android 8.0, tetapi ia berkemungkinan tidak serasi lagi dengan sistem operasi yang akan datang.

Tetapi, Fitbit membuat satu tawaran kepada pengguna Pebble untuk menarik mereka membeli Fitbit Ionic, menerusi Diskaun Pebbler Fitbit.

Pelbagai warna Fitbit Ionic

Kepada pengguna Pebble yang masih memiliki peranti Pebble dengan nombor siri yang sah, Fitbit menawarkan potongan harga USD50 untuk pembelian Fitbit Ionic, peranti pintar terbaru keluaran Fitbit. Pengguna Fitbit yang mendaftar untuk menerima komunikasi pemasaran Fitbit, seharusnya telah menerima emel berkenaan kupon diskaun ini.

Tetapi jika tidak, anda masih boleh mendapatkan kupon diskaun ini dengan mendaftar di pautan ini. Tidak dapat dipastikan pula adakah kupon ini boleh digunakan di Malaysia kerana butang Buy Now di laman rasmi Fitbit Malaysia membawa ke laman Lazada.

Masih adakah pengguna setia Pebble di Malaysia? Adakah anda akan menerima tawaran diskaun ini dan mendapatkan Fitbit Ionic jika ia ditawarkan di sini, atau kekal menggunakan jam Pebble sebagai jam tangan digital tanpa fungsi pintar?

[Sumber: Gizmodo]

Tags: FitbitFitbit IonicPebble
Najib

Najib

POPULAR

Fitbit sah menguburkan Pebble tahun ini

Fitbit sah menguburkan Pebble tahun ini

25 January 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN