Saya pasti warga kota seperti saya yang bekerja sehari-hari pernah membeli sarapan daripada pengusaha tepi jalan untuk disantap setiba di pejabat. Pernahkah anda mengalami situasi terpaksa menunggu lama disebabkan penjual tidak mempunya baki yang secukupnya untuk dipulangkan.
Biasalah, besar kemungkinan itu adalah transaksi tunai pertama saya untuk hari itu dan pastinya dalam dompet akan ada wang yang besar seperti RM50 hingga RM100 walhal saya hanya ingin membeli makanan bernilai tak sampai RM10 pun.
Itulah permasalahan yang ingin dirungkaikan oleh Maybank melalui perkhidmatan terbaru Maybank QRPay (QRPay).
Apakah Maybank QRPay?
Melalui QRPay, pembeli boleh membayar apa yang dibeli melalui telefon hanya dengan mengimbas kod khas yang disedikan oleh penjual. Amaun akan terus ditolak daripada akaun simpanan pelanggan untuk dipindahkan kepada akaun si penjual.
Kaedah pembayaran ini adalah lebih sarwajagat kerana menggunakan kamera untuk mengenal pasti si penjual.
Beza QRPay berbanding yang lain
Ya, memang kami pernah melaporkan beberapa perkhidmatan pembayaran berasaskan QR sebelum ini contohnya vcash. Tapi ia lebih kepada dompet digital yang perlu ditambah nilai daripada masa ke masa. Hal ini mewujudkan satu lapisan orang ketiga yang mengawal selia perpindahan wang.
Walhal, QRPay bertindak seperti pointer yang mengarahkan perpindahan dana terus daripada akaun bank anda ke akaun penerima.
Selain pembayaran berasaskan kod QR, terdapat juga pembayaran berasaskan NFC seperti Samsung Pay. Seperti QR Pay, Samsung Pay turut bertindak seperti “pointer” tetapi kekurangan yang ada pada method pembayaran ini adalah ia tidak disokong telefon selain Samsung.
Itu adalah salah satu kebaikkan, dalam banyak-banyak kebaikkan lain yang ditawarkan Maybank QRPay.
Pembeli menikmati manfaat seperti…
Oleh sebab Maybank sendiri yang bertindak selaku penyedia perkhidmatan ini, fungsi pembayaran itu terbina terus dalam APP Maybank2u anda dan terus boleh digunakan. Selain itu, apa-apa caj dikenakan untuk menggunakan QRPay malah tiada pendaftaran perlu dilakukan.
Transaksi maksimum yang boleh dilakukan untuk sehari adalah RM1,000. Walau bagaimanapun, anda boleh mengubah had tersebut mengikut keperluan. Transaksi yang melebihi RM250 memerlukan anda memasukkan kod PIN untuk mengesahkan transaksi.
Selain itu, melalui APP yang sama, anda boleh menerima maklumat tentang mana-mana kedai yang sedang menjalankan promosi serta mencari kedai mana yang menerima transaksi QRPay.
Penjual tak ketinggalan beroleh faedah
Sebagai penjual, anda perlu menggunakan APP khas yang dibangunkan untuk penjual. Pendaftarannya QRPay amatlah mudah, mereka hanya perlu memasukkan salah satu maklumat seperti nombor IC, passport, ataupun pendaftaran perniagaan dan untuk pendaftaran. Maklumat yang lain tidak diperlukan kerana ia sudahpun dimiliki Maybank.
Penjual boleh menjana dua jenis kod QR untuk pembeli mereka mengimbas untuk tujuan pembayaran. Kod QR Statik adalah kod yang digunaka jika amoun yang dibayar masih belum diketahui dan pembeli perlu memasukkan amaun yang ingin dibayar selepas kedua-dua mencapai kata putus.
Kemudian, penjual boleh hadir dengan kod dinamik. Bezanya adalah maklumat amaun yang perlu dibayar sudahpun dimasukkan kedalam kod. Ia berguna untuk mengelakkan situasi terlebih ataupun terkurang bayar.
Fungsi juruwang turut boleh diaktifkan sekiranya terdapat lebih daripada satu APP QRPay untuk penjual digunakan. Menggunakannya, seseorang juruwang hanya boleh melihat butiran transaksi yang berlaku dibawah seliannya sahaja dan bukan oleh juruwang lain.
Fungsi menarik yang terakhir adalam penjual boleh mewujudkan promosi, diskaun, dan sebagainya terus pada APP dan ia boleh dilihat oleh pembeli melalui APP mereka.
Penambahbaikkan yang boleh dilakukan
QRPay adalah satu penyelsaian pembayaran digital yang besar potensinya sama seperti yang lain. Cabarannya adalah untuk mendidik pengguna agar memasang APP dan terus menggunakannya. Misalnya, vcash sudah lama dilancarkan tetapi sehingga hari ini masih sukar untuk mencari peniaga yang menggunakannya lebih-lebih lagi yang berada di luar Lembah Klang.
Hal ini mungkin tidak menjadi masalah kerana Maybank sudahpun memiliki lebih 500,000 pengguna aktif perkhidmatan perbankan dalam talian mereka. Jika 10% daripada mereka menggunakan QRPay, kite melihat sekitar 50,000 pengguna dan ia adalah satu pencapaian yang memberangsangkan.
Terdapat beberapa langkah yang boleh QRPay terapkan untuk memupuk penggunaan perkhidmatan ini.
Kelebihan vcash berbanding QRPay adalah sistem vcash akan menjana laporan terperinci seperti maklumat demografi serta pola perbelanjaan di premis penjual. Sebaliknya, pada QRPay, anda hanya boleh melihat transaksi 90 hari ke belakang.
vcash memaparkan data analitik pengguna
Yang kedua adalah ketiadaan fungsi memindahkan dana antara pengguna. Ya, memang benar menerusi APP Maybank2u sendiri ada fungsi memindahkan wang melalui nombor akaun dan nombor telefon, tapi transaksi menggunakan kod QR jauh lebih pantas dan memudahkan.
vcash membenarkan perpindahan dana antara pengguna
Itulah dua penambahbaikkan yang kami cadangkan untuk meningkatkan kadar penembusan QRPay dalam kalangan pengguna dan penjual.
Jika anda berminat untuk mencubanya muat turun: