• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tarikh pembongkaran Samsung Galaxy S9 telah ditetapkan

  • OLEH Najib
  • 1:05 pm
  • 26/01/2018
  • Komen
Tarikh pembongkaran Samsung Galaxy S9 telah ditetapkan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas disahkan lokasi pelancarannya di tapak MWC 2018 di Barcelona, Samsung hari ini mengesahkan tarikh pelancaran telefon pintar flagship terbaru mereka, Galaxy S9. Ia dapat dilihat menerusi gambar yang mereka muat naik di laman sosial.

From 02.25.2018. #Unpacked will change how you experience everything. pic.twitter.com/llrGt0Q6gF

— Samsung Mobile (@SamsungMobile) January 25, 2018

Meneruskan tradisi yang sama, majlis pelancaran ini dinamakan acara #Unpacked dan akan berlangsung sehari sebelum pameran MWC 2018 dibuka. Iaitu pada 25 Februari 2018 jam 6pm, bersamaan jam 1 pagi, 26 Februari waktu Malaysia.



Dalam video yang dikongsi tersebut ia menyatakan tentang Camera Reimagined, sudah pasti memberi tumpuan kepada kehebatan kamera yang akan dimuatkan pada Galaxy S9.

Gambaran rupa Galaxy S9 oleh @OnLeaks



Belum ada yang sahih tentang kamera di Galaxy S9, tetapi beberapa khabar yang bertiup di alam maya adalah seperti kemampuan rakaman gerak perlahan sehingga 480fps, serta apertur tak malar F1.5~F2.4.

Majlis pelancaran ini akan disiarkan secara langsung menerusi laman web Samsung. Jadi anda juga dapat bersama-sama menontonnya secara langsung, pada jam 1 pagi 26 Februari 2018 di Malaysia. Jika ia mengikut jadual biasa Samsung, kita boleh jangkakan ia tiba di Malaysia dalam sebulan selepas itu.

Tags: Galaxy S9mwc 2018samsungSamsung Galaxy S9Samsung Unpacked
Najib

Najib

POPULAR

Tarikh pembongkaran Samsung Galaxy S9 telah ditetapkan

Tarikh pembongkaran Samsung Galaxy S9 telah ditetapkan

26 January 2018
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER