• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warna ong akan datang buat honor View10

  • OLEH Najib
  • 7:17 pm
  • 29/01/2018
  • Komen
Warna ong akan datang buat honor View10
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon yang dikuasakan AI pertama dari honor, View10 telah mula dijual di Malaysia awal tahun ini. Pada harga RM2,099, pembeli boleh memilih di antara warna biru dan hitam.

Tidak lama lagi, honor Malaysia dilihat akan memperkenalkan satu lagi warna baru bagi View10. Ia adalah warna Crush Red atau merah, seperti yang telah sedia dijual di China. Malaysia akan menjadi negara pertama di luar China menerima warna merah bagi View10.



Honor View10 sememangnya amat perkasa. Apakan tidak, kuasa dalamannya setanding abang besarnya, Huawei Mate 10. Ini dapat dilihat dengan penggunaan pemproses Kirin 970 yang dikuasakan AI, RAM sebesar 6GB serta storan dalaman 128GB.

Kapasiti baterinya sebesar 3,750mAh dan menyokong pengecasan Huawei Supercharging (5V/4.5A) melalui USB-C. Sistem operasinya juga terkini, dilengkapi Android 8.0 Oreo bersama antaramuka EMUI 8.0.



Telefon ini menggunakan dua kamera di belakang, gabungan sensor monokrom 20MP f/1.8 dan sensor RGB 16MP f/1.8. Dukacitanya kamera ini berbeza dengan apa yang terdapat di Huawei Mate 10. Di hadapan pula ia dilengkapi kamera 13MP f/2.0.

honor Malaysia masih belum mengumumkan tarikh jualan melainkan terteranya Februari 2018, tetapi kami jangkakan ia akan dijual menjelang Tahun Baru Cina. Harganya pula mungkin kekal sama, jika tiada hadiah ditambah ke dalamnya.

Nantikan pengumuman lanjut dari honor Malaysia menerusi Facebook mereka.

Tags: honorhonor malaysiahonor View10honor View10 Crush Redhonor View10 Malaysiahonor View10 merah
Najib

Najib

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

3 Februari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER