Ini Mungkin Drone 4K Termurah Yang Boleh Anda Beli

Beberapa hari lalu kami ada laporkan yang Cameralah sedang menjual kombo 3-dalam-1 GoPro Karma, GoPro Hero5 Black, dan GoPro Karma Grip pada harga RM3,428. Kali ini kami jumpa yang lebih murah daripada itu dan ia mungkin termurah setakat ini.

Utusan terbaru daripada All IT Hyper menunjukkan yang mereka menjual pakej yang serupa pada harga RM2,999 atau RM429 lebih murah daripada tawaran Cameralah ataupun hampur 50% lebih murah berbanding harga asal

Untuk anda yang baru mengikuti hal GoPro Karma, terdapat tiga komponen penting dalam kombo GoPro Karma ini iaitu:

  • GoPro Karma
  • GoPro Hero5 Black
  • GoPro Karma Grip

Karma adalah sebuah drone yang dibangunkan GoPro bagi bersaing dengan DJI tetapi gagal kerana terdapat masalah teknikal pada drone itu yang menjejaskan prestasi kewangan syarikat sehingga penghasilannya terpaksa dihentikan.

Pada dron ini tiada kamera kerana ia menggunakan kamera GoPro untuk tujuan merakam gambar. Ia adalah sesuatu yang baik kerana bahagian kamera memiliki baterinya yang tersendiri dan ia menyumbang waktu terbang dron yang agak panjang.

Dalam kombo ini, GoPro Hero5 Black disediakan. Kamera ini mampu merakam video 4K pada kadar 30fps atauapun video gerak perlahan 240fps pada resolusi 720p.

Gimbal yang berfungsi untuk menstabilkan rakaman video pada dron boleh ditanggalkan dan disambung pada Karma Grip. Ia bertindak sebagai pemegang dan pengawal kepada grip itu.

Pada pendapat saya, ia adalah satu kombo yang lengkap untuk videografer. Cumanya, produk dalam siri Karma sudahpun dihentikan pembangunannya dan pengguna mungkin terputus sokongan GoPro daripada segi kemas kini firmware pada bila-bila masa daripada sekarang.

Anda boleh menaik taraf kombo itu kepada kamera Hero6 dengan tambahan RM400. Bergegas ke laman promosi mereka untuk maklumat lanjut.