• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM311 dan hadiah RM200 untuk beraya dengan Nokia 8 baru

  • OLEH Najib
  • 1:28 pm
  • 01/02/2018
  • Komen
Diskaun RM311 dan hadiah RM200 untuk beraya dengan Nokia 8 baru
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang menantikan kepulangan pengeluar lagenda telefon mudah alih Nokia. Tetapi model flagship mereka, Nokia 8 yang dilancarkan tahun lepas kurang mendapat sambutan. Mahukah anda memiliki Nokia 8 jika ia ditawarkan dengan diskaun bersama hadiah percuma?

Sempena Tahun Baru Cina yang akan datang, Nokia Malaysia menawarkan diskaun sebanyak RM311 bersama hadiah percuma bernilai RM200, untuk pembelian Nokia 8. Ini menjadikan harga Nokia 8 kepada RM1,988 sahaja selepas diskaun dari harga asal RM2,299.



Nokia 8 sememangnya sebuah peranti berkuasa tinggi. Ia memiliki kuasa pemproses terbaik dari Qualcomm, iaitu Snapdragon 835 bersama 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Skrinnya hanya 5.3-inci tetapi beresolusi super tajam Quad HD 2560×1440.

Kamera belakangya mengunakan dwi-sensor 13MP, menampilkan kaca optik Zeiss. Kamera hadapannya juga 13MP dengan auto fokus.



Satu kelebihan yang sering diwar-warkan Nokia adalah #Bothie, di mana kamera belakang dan hadapan boleh digunakan serentak untuk merakam video, atau membuat Facebook Live dan yang seumpamanya.

Nokia turut berbangga dengan penggunaan sistem operasi Android asli, di mana ia boleh mendapatkan kemaskini terpantas seperti penggunaan Android 8.0 Oreo di Nokia 8 sekarang. Bateri 3,090mAh menjadi sumber tenaga telefon ini.

Tawaran harga diskaun dan hadiah percuma ini berlangsung dari 31 Januari sehingga 28 Februari 2018. Jangan terlepas untuk mendapatkannya. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web Nokia 8 dan Facebook Nokia Malaysia.

[Sumber: Facebook Nokia Malaysia]

Tags: NokiaNokia 8Nokia 8 MalaysiaNokia MalaysiaTahun Baru Cina
Najib

Najib

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Diskaun RM311 dan hadiah RM200 untuk beraya dengan Nokia 8 baru

Diskaun RM311 dan hadiah RM200 untuk beraya dengan Nokia 8 baru

1 Februari 2018

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER