• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fujifilm Sertakan Lensa X Pertama Dengan Motor Zum Pada X-A5

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:26 am
  • 01/02/2018
  • Komen
Fujifilm Sertakan Lensa X Pertama Dengan Motor Zum Pada X-A5
Share on FacebookShare on Twitter

Fujifilm memperkenalkan pendatang baru dalam siri X kamera mereka. Fujifilm X-A5 adalah ahli terbaru dalam kamera entry level untuk menggantikan X-A3 yang dilancarkan sekitar November 2016 yang lalu. X-A5 adalah kamera lens boleh tukar terkecil Fujifilm dan ia hadir dengan lensa X pertama yang memiliki motor zum.

Tidak banyak perubahan daripada rupa fizikal kamera ini berbanding X-A3. Butang-butang masih terletak pada tempat yang sama. Malahan, ia masih menggunakan sensor APS-C 24MP yang sama seperti sebelumnya.



Bezanya adalah pada kemampuan untuk merakam video 4K tapi pada kadar 15fps saja sehingga 5 minit. Kemampuan ISO turut dipertingkat sekali ganda kepada 51200.

Beralih pada kit lens-nya, FUJINON XC15-45mm F3.5-5.6 OIS PZ adalah lensa zum bermotor pertama untuk kaki X. Ketiadaan komponen mekanikal untuk mengezum membolehkan rupa fizikal kompak diterapkan pada lens ini.



Jarak fokus minimum 5cm yang dimiliki lensa ini menjadikannya sesuai untuk gambar bergenre makro.

X-A5 akan mula dijual di A.S pada 8 Februari 2018 pada harga bermula USD 300 (RM1,170). Kombo kamera bersama kit lens pula berharga USD600 (RM2,340). Untuk perbandingan, X-A3 dilancarkan di Malaysia pada harga RM2,888.

https://www.youtube.com/watch?v=BsftbZfH6FY

Tags: fujifilmfujifilm malaysiafujifilm xfujifilm x mountfujifilm x-a5lens fujix-a5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Fujifilm Sertakan Lensa X Pertama Dengan Motor Zum Pada X-A5

Fujifilm Sertakan Lensa X Pertama Dengan Motor Zum Pada X-A5

1 February 2018
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN