• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah vivo Xplay7 telefon pintar pertama dengan RAM 10GB?

  • OLEH Najib
  • 4:45 pm
  • 02/02/2018
  • Komen
Adakah vivo Xplay7 telefon pintar pertama dengan RAM 10GB?
Share on FacebookShare on Twitter

Nama vivo mungkin tidak segah Apple mahupun Samsung. Malah mereka mungkin sedikit ketinggalan berbanding adik beradik mereka, OPPO dan OnePlus. Tetapi ia tidak menghentikan visi mereka untuk menjadi yang terbaik dalam menghasilkan telefon pintar.

Telefon pintar dengan 6GB RAM sudah mula membanjiri pasaran. Malah, 8GB RAM juga boleh didapati di beberapa telefon pintar seperti Razer Phone dan OnePlus 5. Tetapi bagaimana jika ada yang mahu melepasi batasan itu?



Dalam satu slaid yang tertiris di laman weibo, ia memperlihatkan sebuah telefon pintar vivo yang diberi nama Xplay7. Ia dilihat sebagai peranti flagship vivo untuk tahun ini kerana dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 845 serta RAM sebanyak 10GB. Jika benar dan tepat pada masanya, ia akan menjadi yang pertama di dunia dengan RAM sebesar ini.

Bukan itu sahaja, vivo Xplay7 akan dimuatkan dengan storan dalaman di antara 256GB atau 512GB. Malah, ia juga adalah peranti vivo yang diwar-warkan akan dipasang pengimbas capjari di atas skrin. Sekali lagi, mungkin yang pertama di dunia.



Xplay 7 akan menggunakan paparan OLED bernisbah 18:9, serta resolusi setinggi UltraHD 4K. Lain-lain perkara yang akan terdapat padanya adalah seperti dwi-lensa kamera belakang serta pengecaman wajah Face ID 2.0.

Adakah 10GB RAM adalah melampau untuk telefon pintar? Sebelum ini, OnePlus sendiri mengakui tidak menggunakan keseluruhan 6GB RAM di dalam telefon pintar OnePlus 3 mereka atas alasan jangka hayat bateri. Jika benar Xplay7 dihasilkan dengan 10GB RAM, harapnya ia bukan sekadar untuk kelihatan hebat di atas kertas sahaja.

Selain ini, tiada maklumat lain yang terdapat berkenaan vivo Xplay7. Tetapi kita yang di Malaysia ni pun tak perlu berangan untuk memiliki telefon ini, kerana siri Xplay tidak dijual di Malaysia. Kalau nak pun, mungkin melalui set import AP.

[Sumber: SlashGear]

Tags: 10GB RAMvivovivo Xplay7
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Adakah vivo Xplay7 telefon pintar pertama dengan RAM 10GB?

Adakah vivo Xplay7 telefon pintar pertama dengan RAM 10GB?

2 February 2018
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN