• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga HUAWEI Nova 2i lebih murah RM200 dari asal

  • OLEH Najib
  • 9:59 pm
  • 02/02/2018
  • Komen
Harga HUAWEI Nova 2i lebih murah RM200 dari asal
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar HUAWEI Nova 2i yang menggelar dirinya Selfie Superstar memang agak popular di Malaysia. Apatah lagi ia dipromosikan oleh dutanya yang cantik manis, Hannah Delisha. Tetapi bermula 3 Februari 2018, HUAWEI Malaysia memotong harga Nova 2i sebanyak RM200 dari asalnya RM1,299, menjadikan harga rasminya kepada RM1,099 sahaja.

Potongan harga ini dilihat selari dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi. Untuk memeriahkan lagi perayaan yang bakal tiba ini, HUAWEI turut menyediakan hadiah percuma untuk pembelian Nova 2i.



Hadiah percuma yang disediakan bernilai RM499, mengandungi selfie stick, Huawei Uring dan set fon kepala. Bagaimanapun stok hadiah percuma ini adalah terhad, jadi siapa cepat beli dia yang dapat hadiah percuma. Segera ke pengedar sah HUAWEI berhampiran.

Huawei Nova 2i adalah telefon pintar dengan kuad kamera, 2 di depan dan 2 di belakang. Ia baru sahaja diberi naik taraf dengan fungsi baharu, yang membuatkannya mampu membuka kunci skrin melalui pengecaman wajah ala iPhoneX, serta tangkapan gambar AR yang membuat ubahsuai gambar secara langsung.



Fungsi AR gabung 2 Hannah bersama efek kucing

Secara teknikal, Huawei Nova 2i adalah telefon pintar yang dikuasakan cip Kirin 659 8-teras, bersama 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Ia memiliki skrin nirbingkai 5.9-inci 18:9, dengan resolusi HD Penuh+ 2160×1080.

Bateri 3,240mAh dimuatkan di dalamnya dan ia menggunakan sistem operasi Android 7.0 bersama antaramuka EMUI 5.1. HUAWEI Nova 2i disediakan dalam 3 warna iaitu Aurora Blue, Graphite Black dan Prestige Gold.

Kenali HUAWEI Nova 2i dengan lebih dekat melalui reviu kami di sini.

Tags: Huaweihuawei nova 2inova 2iNova 2i Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Harga HUAWEI Nova 2i lebih murah RM200 dari asal

Harga HUAWEI Nova 2i lebih murah RM200 dari asal

2 February 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER