• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

honor View 10 Merah sedia sambut Tahun Baru Cina

  • OLEH Najib
  • 8:03 pm
  • 05/02/2018
  • Komen
Warna ong akan datang buat honor View10
Share on FacebookShare on Twitter

Buat mereka yang gemarkan warna merah di telefon pintar berkuasa tinggi, honor Malaysia hari ini mengesahkan telefon pintar honor View10 berwarna merah atau Red Crush, akan mula dijual pada 8 Februari 2018. Ia merupakan warna ketiga yang ditawarkan selepas warna biru dan hitam.

Malaysia juga adalah pasaran pertama di luar China yang menerima warna merah bagi telefon pintar honor paling berkuasa ini. Malah ia kelihatan bertepatan dengan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, yang sinonim dengan warna merah.



Mereka yang berminat, boleh membeli honor View10 berwarna merah ini melalui laman web Vmall.my.

Dari penjual DirectD, mereka telah memaparkan harga jualan yang kekal sama, iaitu RM2,099. Malah, DirectD menawarkan hadiah percuma untuk tempahan sekarang iaitu botol air dan payung honor. Tetapi tarikh penghantaran oleh DirectD dijangka sekitar 10-13 Februari 2018.



Telefon pintar honor View10 adalah peranti paling berkuasa dari honor yang memiliki ciri-ciri seakan Huawei Mate 10. Ia memiliki skrin nirbingkai 5.99-inci HDPenuh+ tetapi mengekalkan pengimbas capjari di bawah skrin hadapan.

Kuasa pemprosesnya digerakkan oleh cip Kirin 970 yang dikuasakan AI, bersama 6GB RAM dan 128GB storan dalaman. Ia memiliki dwi-kamera belakang, gabungan sensor monokrom 20MP f/1.8 dan sensor RGB 16MP f/1.8. Kamera hadapan pula 13MP f/2.0.

Kapasiti baterinya sebesar 3,750mAh dan menyokong pengecasan Huawei Supercharging (5V/4.5A) melalui USB-C. Sistem operasinya juga terkini, dilengkapi Android 8.0 Oreo bersama antaramuka EMUI 8.0.

Jangan terlepas untuk bergaya di Tahun Baru Cina nanti dengan telefon pintar honor View10 berwarna merah ini.

Tags: honorhonor malaysiahonor view 10honor View 10 Malaysiahonor View 10 Merahhonor view 10 red crush
Najib

Najib

POPULAR

Warna ong akan datang buat honor View10

honor View 10 Merah sedia sambut Tahun Baru Cina

5 February 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER