• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

UNICEF memanggil gamers untuk melombong wangkripto bagi membantu kanak-kanak Syria

  • OLEH Najib
  • 6:55 pm
  • 05/02/2018
  • Komen
UNICEF memanggil gamers untuk melombong wangkripto bagi membantu kanak-kanak Syria
Share on FacebookShare on Twitter

Melombong wang-kripto memang agak popular kebelakangan ini, apatah lagi apabila nilai Bitcoin melonjak sangat tinggi. Kerana itu juga mula muncul laman web yang cuba menipu pengguna dengan mempergunakan kuasa komputer pengguna yang melayari laman web mereka, untuk melombong wangkripto ini.

Apa kata kalau anda boleh menyumbang sedikit kuasa pemproses komputer, untuk melombong wang-kripto sambil membantu mereka yang memerlukan?



Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNICEF, telah melancarkan kutipan dana bagi membantu kanak-kanak di Syria, dengan cara melombong wangkripto Ethereum. UNICEF memanggil orang ramai terutama sekali buat gamers tegar yang memiliki perkakas komputer berkuasa tinggi, untuk menyumbang dalam kutipan dana ini.

Untuk membantu, mula-mula sekali pergi ke laman web chaingers.io yang dibangunkan khas oleh UNICEF. Kemudian pilih sistem operasi dan jenis kad grafik, seterusnya muat turun perisian khas (Claymore) dari laman web tersebut. Akhir sekali, jalankan aplikasi tersebut untuk mula melombong Ethereum bagi pihak UNICEF.



Jika anda tidak memiliki perkakas komputer yang sesuai untuk melombong, anda juga boleh menyumbang secara terus ke akaun Ethereum UNICEF. Maklumat berkenaan sumbangan boleh didapati di laman web chaingers.io.

Projek Game Chaingers ini akan dijalankan sehingga 31 Mac 2018. Sehingga waktu artikel ini ditulis, sebanyak 882.5 Ethereum telah dilombong oleh 335 pelombong.

Kepada mereka yang berminat untuk membantu terutama di kalangan gamers tegar Malaysia, boleh melawat laman web chaingers.io untuk maklumat lanjut.

[Sumber: TheNextWeb]

Tags: ethereumkriptowangUNICEFwangkripto
Najib

Najib

POPULAR

UNICEF memanggil gamers untuk melombong wangkripto bagi membantu kanak-kanak Syria

UNICEF memanggil gamers untuk melombong wangkripto bagi membantu kanak-kanak Syria

5 February 2018
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN