Lilac Purple Adalah Warna Baru Pada Galaxy S9/S9+

Dijadualkan untuk diperkenalkan pada 25 Februari di Barcelona, semakin banyak maklumat berkaitan Galaxy S9/S9+ terbocor. Terkini, terdapat info yang menyatakan ia akan ditawarkan dalam warna baru iaitu Lilac Purple.

Setakat ini, Galaxy S8/S8+ ditawarkan dalam lima warna iaitu:

  • Orchid Grey
  • Gold
  • Blue
  • Maple Gold
  • Rose Pink

Daripada fizikal S9/S9+, ia dilihat masih mengekalkan nisbah paparan 18.5:9 seperti sebelumnya. Kedudukan butang turut dikekalkan iaitu butang kawalan bunyi dan Bixby dihimpunkan pada bahagian kana manakala butang kuasa di bahagian kanan.

Kelainan yang boleh dilihat adalah pada kedudukan pengimmbas cap jari. Pada kedudukan menegak, pengimbas cap jari kini berada di bawah modul kamera yang memang munasabah kerana badan yang memanjang menyukarkan jari telunjuk mencapai permukaan pengimbas semasa dipegang.

Turut kelihatan adalah kamera berkembar belakang pada Galaxy S9+.