Fujifilm X-A5 Kamera Kompak Dengan Keupayaan 4K

Dilancarkan beberapa minggu lalu, Fujifilm hari ini telah mengumumkan Fujifilm X-A5, kamera terkecil dan teringan dalam kelasnya untuk pasaran Malaysia. Ia memiliki beberapa penambahbaikkan berbanding model sebelumnya iaitu X-A3 yang memasuki Malaysia sekitar November 2016.

Fujifilm X-A5 dilengkapi dengan sensor APS-C beresolusi 24.2MP. Bidikan fokus dilakukan secara gabungan phase detection dan contrast detection. Ia dilihat lebih ditujukan pada pengguna wanita yang kerap berselfie kerana ia memiliki skrin boleh kilas serta fungsi beautify macam sebuah telefon pintar.

Berbanding X-A3, ia kini mampu merakam video 4K tapi pada kadar 15fps. Bagi saya, 15fps adalah hampir kepasa tak berguna untuk dibuat video. Tapi, untuk resolusi 1080p, ia mampu melakukan sehingga 60fps.

Daripada segi rupa paras, X-A5 masih mengekalkan fizikaliti sebelumnya. Susun atur butangnya masih ditempat yang sama dan materi plastik tetap diguna pada badannya. Ia tidak menghairankan kerana kamera ini diletakkan dalam kategori bajet oleh Fujifilm.

Apa yang ingin diketengahkan Fujifilm pada kamera ini adalah pada kehadiran lensa terbaru mereka. X 15-45mm PZ adalah lensa pertama mereka yang menerima manfaat pengezuman elektronik.

Teknologi ini membolehkan lensa dibina lebih kompak kerana kurang komponen mengezum diperlukan. Walau bagaimanapun, kekurangan zum elektronik adalah ia menghasilkan bunyi apabila dizum dan boleh diickup oleh mikrofon.

Fujifilm X-A5 akan mula dijual selewat-lewatnya Mac 2018 pada harga RM3,288. layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  A.S Hasut Kanada Untuk Tak Guna Barangan China Dalam Inisiatif 5G