[ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH TELEFON SERBA BOLEH– MOTO G5S PLUS]
Moto G adalah siri telefon yang berjaya membuktikan telefon kelas pertengahan tak semestinya perlu korbankan kualiti binaan untuk beri lebih tumpuan pada spesifikasi teknikal yang canggih. DNA tersebut diwarisi turun temurun hinggalah kepada telefon terbaru mereka, Moto G5S Plus.
Bezanya telefon ini dengan G5 Plus adalah ia adalah telefon Moto G pertama dengan kamera berkembar. Benar, memang harganya sedikit tinggi daripada generasi lepas tapi jika ia ditimbang tara dengan penambahbaikkan yang diterima telefon ini, ia amatlah berbaloi terutama pada kamera.
Tapi apakah penambahbaikkan yang saya maksudkan? Mari kita taakuli spesifikasi teknikal kamera belakang dan depan Moto G5S Plus.
Kamera Belakang:
- 13MP F2.0 (RGB)+13MP F2.0 (monokrom)
- Dua Flash LED
- Mode kamera; Professional Mode, Depth enable, Panorama, Photo, Low Light, HDR
- Mode video; 4K UHD (30fps), Full HD (60fps/30fps), slow motion
Kamera Depan:
- 8MP F2.0
- Beautify
- Mode kamera; Professional Mode, Panorama, HDR
- Mode video; Full HD (30fps), HD (30fps)
Dalam artikel ini, saya ingin mengajar anda apa yang mampu dilakukan oleh telefon ini daripada sudut fotografi
4 Mode Kamera Yang Perlu Anda Teroka Pada Moto G5S Plus
Jika anda kagum dengan ciri-ciri teknikal Moto G5S Plus, anda perlu bersedia untuk lafazkan “wow” dengan ciri berikutnya.
Moto Actions membolehkan anda melakukan banyak perkara tanpa menyentuh skrin.
Misalnya, lakukan aksi “Twist” untuk melancarkan kamera! Perkara ini memang tiada pada telefon lain selain Moto tahu?
Sejurus melancarkan kamera, anda akan disapa oleh antara muka yang ringkas tapi lengkap. Semua ikon tersusun rapi pada sisi kiri dan kanan. Tetapan yang lebih mendalam boleh dilakukan hanya dengan meleret jari ke kanan.
Ikon tiga titik bertindih pada sudut kanan kamera adalah tempat semua mode kamera Moto G5S Plus dihimpunkan. Ada empat semuanya dan saya akan kupas satu persatu kegunaan mereka. Mari kita mulakan.
1. Photo: Mudah Lagi Memudahkan
Sekiranya anda masih amatur dalam mengambil gambar, anda tidak perlu risau kerana fungsi automatik pada Moto G5S Plus sudah cukup untuk anda beroleh foto yang cantik.
Tugas anda adalah untuk menyentuh subjek yang ingin difokuskan dan sistem pembidik fokus akan terus memulakan kerjanya memfokus pada subjek. Empat perkara yang anda boleh lakukan dalam mod ini seperti:
- Menghidupkan fungsi low light jika keadaan sekeliling anda kelam.
- Aktifkan timer untuk berikan masa untuk anda ber-posing.
- Pasang flash LED sekiranya kedaan terlalu gelap
- Selaraskan tahap exposure secukup rasa.
Menggunakan mode Photo pada telefon ini sangat memudahkan. Tapi sudah tentu anda ingin mengasah skill anda ke tahap seterusnya bukan? Jom tengok mode berikutnya.
2. Depth Enabled: Bokehlicious
Mode seterusnya dibangunkan khas untuk “bokeh”
Bokeh dalam dunia fotografi merujuk pada kesan “kabur” pada latar akibat berada di luar medan fokus. Ia berkait rapat dengan bagaimana kanta pada lensa membiaskan cahaya. Kesan bokeh setakat ini hanya dinikmati kamera dedikasi seperti DSLR
Tapi, kesan yang sama kini boleh dihasilkan Moto G5S kerana ia dilengkapi dua buah kamera belakang. Salah satu kamera itu bukanlah untuk hiasan semata-mata. Ia memiliki tanggungjawab yang besar iaitu mengukur kedalaman medan penglihatan. Ia penting untuk mensimulasikan bokeh.
Menggunakan mode Depth Enabled, saya mampu hasilkan gambar seperti ini.
Bukan itu saja, saya boleh mengawal tahap ke-bokeh-an selepas saya ambil gambar ini.
Jika ini adalah telefon lain, magis kamera berkembar hanya terhenti di sini. Tapi tidak buat Moto G5S Plus.
Pembangun telefon ini terus menerokai manfaat kehadiran dua kamera belakang ke tahap yang lebih tinggi. Disebabkan maklumat kedalaman medan dirakam bersama-sama gambar bila anda menggunakan mode Depth Enabled, telefon ini boleh membuang segala latar yang tidak berada dalam medan fokus.
Jadi anda boleh menghasilkan gambar seperti ini.
dan ini
Menarik bukan? Kalau nak tahu caranya, bergegaslah ke halaman seterusnya.
[nextpage title=”Professional & Panorama”]
Untuk mengakses ciri unik Moto G5S Plus ini, anda hanya perlu membuka gambar yang diambil dalam mode Depth Enabled menggunakan Depth Editor.
Kemudian anda boleh memilih sama ada:
- Selective B&W
- Replace Background
3. Professional Mode: Untuk Yang Berani Sahaja
Mode ini amat digemari jurugambar yang lebih berpengalaman kerana ia memberikan lebih banyak kawalan kepada mereka semasa menembak.
Dalam dunia fotografi, exposure memainkan peranan penting dan ia dipengaruhi oleh tiga pemboleh ubah iaitu:
- Laju pengatup
- ISO
- Apertur
Untuk Moto G5S Plus, aperture padanya adalah malar iaitu F2.0 tapi jangan risau kerana kita boleh bermain dengan dua lagi pemboleh ubah iaitu laju pengatup dan ISO. Mengaktifkan mode professional akan membawa anda ke satu dimensi yang luas dengan pelbagai kemungkinan.
Mari lihat apa hasilnya jika kita bermain dengan laju pengatup & ISO.
Untuk gambar dibawah, saya menggunakan tetapan seperti berikut:
- Kelajuan pengatup pada 1/60 saat
- ISO 100
Teknik fotografi ini dinamakan “panning”. Selepas menetapkan kelajuan pengatup dan iso, menghayunkan kamera mengikut arah pergerakkan subjek. Dalam kes gambar di bawah, kereta bergerak daripada kiri ke kanan.
Jika kelajuan “panning” anda sama dengan kelajuan kereta, ia akan nampak seakan pegun tetapi persekitarannya kabur. Sebab itulah 1/60 digunakan kerana ingin memastikan persekitaran yang “blur” kecuali pada kereta.
Puas bermain dengan mode Professional? Mode berikutnya amat penting buat anda lebih-lebih lagi jika anda melawat kawasan pelancongan yang indah.
4. Panorama: Lebih Luas, Lebih Menarik
Jika anda berada di satu tempat dengan pemandangan yang amat indah, anda pasti ingin mengabadikannya menggunakan kamera. Tapi, kamera memiliki sudut pandang yang terhad. Maka, mode panorama adalah jawapannya.
Bagusnya mode panorama pada Moto G5S Plus adalah ia membenarkan saya mengambil gambar secara melintang mahupun menegak.
Panorama menegak amat sesuai sekiranya subjek yang anda ingin rakam itu berdiri tegak seperti air terjun, banggunan dan sebagainya. Untuk panorama biasa, hayunkan saja telefon secara melintang.
Oh ya, mode Panorama juga ada semasa anda menggunakan kamera depan. Selain boleh memasukkan latar yang luas dalam gambar, lebih ramai orang boleh serta swafoto anda. Anda boleh merakam panorama semasa memegang telefon dalam keadaan melintang mahupun menegak dan hasilnya adalah seperti di bawah.
Penutup
Jika anda mencari sebuah telefon kelas pertengahan yang memiliki spesifikasi yang mantap tanpa mengorbankan kualiti binaan, anda tak mungkin silap jika mengangkat Moto G5S Plus. Bukan saja mantap pada kamera, pada papan utamanya terpateri komponen-komponen yang sama hebatnya seperti:
- Cip Snapdragon 625 yang memang memegang takhta cip kelas tengah paling banyak digunakan.
- RAM 4GB dan storan 32GB yang cukup untuk kegunaan harian.
- Panel paparan HD Penuh memastikan anda dihidangkan dengan kualiti imej yang tinggi.
- Slot sim berkembar dengan salah satunya jenis hibrid untuk anda meluaskan storan jika gambar bokeh anda memenuhi ruang storan utama.
- Teknologi pengecasan pantas TurboCharge yang jarang ada pada telefon sekelasnya.
Anda boleh mendapatkan sebuah Moto G5S Plus dijual pada harga RM999. Bergegaslah ke halaman rasmi Motorola di Lazada untuk melihat tawaran-tawaran menarik daripada mereka.