Moto G5S Plus Ada Helah Kamera Yang Tiada Pada Telefon Lain

Pendahuluan

[ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH TELEFON SERBA BOLEH– MOTO G5S PLUS]

Moto G adalah siri telefon yang berjaya membuktikan telefon kelas pertengahan tak semestinya perlu korbankan kualiti binaan untuk beri lebih tumpuan pada spesifikasi teknikal yang canggih. DNA tersebut diwarisi turun temurun hinggalah kepada telefon terbaru mereka, Moto G5S Plus.

Bezanya telefon ini dengan G5 Plus adalah ia adalah telefon Moto G pertama dengan kamera berkembar. Benar, memang harganya sedikit tinggi daripada generasi lepas tapi jika ia ditimbang tara dengan penambahbaikkan yang diterima telefon ini, ia amatlah berbaloi terutama pada kamera.

Tapi apakah penambahbaikkan yang saya maksudkan? Mari kita taakuli spesifikasi teknikal kamera belakang dan depan Moto G5S Plus.

Kamera Belakang:

  • 13MP F2.0 (RGB)+13MP F2.0 (monokrom)
  • Dua Flash LED
  • Mode kamera; Professional Mode, Depth enable, Panorama, Photo, Low Light, HDR
  • Mode video; 4K UHD (30fps), Full HD (60fps/30fps), slow motion

Kamera Depan:

  • 8MP F2.0
  • Beautify
  • Mode kamera; Professional Mode, Panorama, HDR
  • Mode video; Full HD (30fps), HD (30fps)

Dalam artikel ini, saya ingin mengajar anda apa yang mampu dilakukan oleh telefon ini daripada sudut fotografi


4 Mode Kamera Yang Perlu Anda Teroka Pada Moto G5S Plus

Jika anda kagum dengan ciri-ciri teknikal Moto G5S Plus, anda perlu bersedia untuk lafazkan “wow” dengan ciri berikutnya.

Moto Actions membolehkan anda melakukan banyak perkara tanpa menyentuh skrin.

Misalnya, lakukan aksi “Twist” untuk melancarkan kamera! Perkara ini memang tiada pada telefon lain selain Moto tahu?

Sejurus melancarkan kamera, anda akan disapa oleh antara muka yang ringkas tapi lengkap. Semua ikon tersusun rapi pada sisi kiri dan kanan. Tetapan yang lebih mendalam boleh dilakukan hanya dengan meleret jari ke kanan.

BACA  Galaxy J4+ dan Galaxy J6+ ahli baru telefon mampu milik Samsung

Ikon tiga titik bertindih pada sudut kanan kamera adalah tempat semua mode kamera Moto G5S Plus dihimpunkan. Ada empat semuanya dan saya akan kupas satu persatu kegunaan mereka. Mari kita mulakan.


1. Photo: Mudah Lagi Memudahkan

Sekiranya anda masih amatur dalam mengambil gambar, anda tidak perlu risau kerana fungsi automatik pada Moto G5S Plus sudah cukup untuk anda beroleh foto yang cantik.

Tugas anda adalah untuk menyentuh subjek yang ingin difokuskan dan sistem pembidik fokus akan terus memulakan kerjanya memfokus pada subjek. Empat perkara yang anda boleh lakukan dalam mod ini seperti:

  • Menghidupkan fungsi low light jika keadaan sekeliling anda kelam.
  • Aktifkan timer untuk berikan masa untuk anda ber-posing.
  • Pasang flash LED sekiranya kedaan terlalu gelap
  • Selaraskan tahap exposure secukup rasa.

Menggunakan mode Photo pada telefon ini sangat memudahkan. Tapi sudah tentu anda ingin mengasah skill anda ke tahap seterusnya bukan? Jom tengok mode berikutnya.


2. Depth Enabled: Bokehlicious

Mode seterusnya dibangunkan khas untuk “bokeh

Bokeh dalam dunia fotografi merujuk pada kesan “kabur” pada latar akibat berada di luar medan fokus. Ia berkait rapat dengan bagaimana kanta pada lensa membiaskan cahaya. Kesan bokeh setakat ini hanya dinikmati kamera dedikasi seperti DSLR

Tapi, kesan yang sama kini boleh dihasilkan Moto G5S kerana ia dilengkapi dua buah kamera belakang. Salah satu kamera itu bukanlah untuk hiasan semata-mata. Ia memiliki tanggungjawab yang besar iaitu mengukur kedalaman medan penglihatan. Ia penting untuk mensimulasikan bokeh.

Menggunakan mode Depth Enabled, saya mampu hasilkan gambar seperti ini.

Bukan itu saja, saya boleh mengawal tahap ke-bokeh-an selepas saya ambil gambar ini.

BACA  honor Band 3 Cantas Mi Band 3 Dalam Segmen Gelang Penjejak Aktiviti

Jika ini adalah telefon lain, magis kamera berkembar hanya terhenti di sini. Tapi tidak buat Moto G5S Plus.

Pembangun telefon ini terus menerokai manfaat kehadiran dua kamera belakang ke tahap yang lebih tinggi. Disebabkan maklumat kedalaman medan dirakam bersama-sama gambar bila anda menggunakan mode Depth Enabled, telefon ini boleh membuang segala latar yang tidak berada dalam medan fokus.

Jadi anda boleh menghasilkan gambar seperti ini.

dan ini

Menarik bukan? Kalau nak tahu caranya, bergegaslah ke halaman seterusnya.