fbpx

Moto G5S Plus Ada Helah Kamera Yang Tiada Pada Telefon Lain

Professional & Panorama

Untuk mengakses ciri unik Moto G5S Plus ini, anda hanya perlu membuka gambar yang diambil dalam mode Depth Enabled menggunakan Depth Editor.

Kemudian anda boleh memilih sama ada:

  1. Selective B&W
  2. Replace Background

 

3. Professional Mode: Untuk Yang Berani Sahaja

Mode ini amat digemari jurugambar yang lebih berpengalaman kerana ia memberikan lebih banyak kawalan kepada mereka semasa menembak.

Dalam dunia fotografi, exposure memainkan peranan penting dan ia dipengaruhi oleh tiga pemboleh ubah iaitu:

  1. Laju pengatup
  2. ISO
  3. Apertur

Untuk Moto G5S Plus, aperture padanya adalah malar iaitu F2.0 tapi jangan risau kerana kita boleh bermain dengan dua lagi pemboleh ubah iaitu laju pengatup dan ISO. Mengaktifkan mode professional akan membawa anda ke satu dimensi yang luas dengan pelbagai kemungkinan.

Mari lihat apa hasilnya jika kita bermain dengan laju pengatup & ISO.
Untuk gambar dibawah, saya menggunakan tetapan seperti berikut:

  • Kelajuan pengatup pada 1/60 saat
  • ISO 100

Teknik fotografi ini dinamakan “panning”. Selepas menetapkan kelajuan pengatup dan iso, menghayunkan kamera mengikut arah pergerakkan subjek. Dalam kes gambar di bawah, kereta bergerak daripada kiri ke kanan.

Jika kelajuan “panning” anda sama dengan kelajuan kereta, ia akan nampak seakan pegun tetapi persekitarannya kabur. Sebab itulah 1/60 digunakan kerana ingin memastikan persekitaran yang “blur” kecuali pada kereta.

Puas bermain dengan mode Professional? Mode berikutnya amat penting buat anda lebih-lebih lagi jika anda melawat kawasan pelancongan yang indah.


4. Panorama: Lebih Luas, Lebih Menarik

Jika anda berada di satu tempat dengan pemandangan yang amat indah, anda pasti ingin mengabadikannya menggunakan kamera. Tapi, kamera memiliki sudut pandang yang terhad. Maka, mode panorama adalah jawapannya.

BACA  Huawei dan Maxis bergabung tenaga pamer kehebatan 5G di Langkawi

Bagusnya mode panorama pada Moto G5S Plus adalah ia membenarkan saya mengambil gambar secara melintang mahupun menegak.

Panorama menegak amat sesuai sekiranya subjek yang anda ingin rakam itu berdiri tegak seperti air terjun, banggunan dan sebagainya. Untuk panorama biasa, hayunkan saja telefon secara melintang.

Oh ya, mode Panorama juga ada semasa anda menggunakan kamera depan. Selain boleh memasukkan latar yang luas dalam gambar, lebih ramai orang boleh serta swafoto anda. Anda boleh merakam panorama semasa memegang telefon dalam keadaan melintang mahupun menegak dan hasilnya adalah seperti di bawah.

Penutup

Jika anda mencari sebuah telefon kelas pertengahan yang memiliki spesifikasi yang mantap tanpa mengorbankan kualiti binaan, anda tak mungkin silap jika mengangkat Moto G5S Plus. Bukan saja mantap pada kamera, pada papan utamanya terpateri komponen-komponen yang sama hebatnya seperti:

  1. Cip Snapdragon 625 yang memang memegang takhta cip kelas tengah paling banyak digunakan.
  2. RAM 4GB dan storan 32GB yang cukup untuk kegunaan harian.
  3. Panel paparan HD Penuh memastikan anda dihidangkan dengan kualiti imej yang tinggi.
  4. Slot sim berkembar dengan salah satunya jenis hibrid untuk anda meluaskan storan jika gambar bokeh anda memenuhi ruang storan utama.
  5. Teknologi pengecasan pantas TurboCharge yang jarang ada pada telefon sekelasnya.

Anda boleh mendapatkan sebuah Moto G5S Plus dijual pada harga RM999. Bergegaslah ke halaman rasmi Motorola di Lazada untuk melihat tawaran-tawaran menarik daripada mereka.

Contents