• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO F5 merah sertai sambutan Hari Raya

  • OLEH Najib
  • 4:39 pm
  • 08/02/2018
  • Komen
OPPO F5 merah sertai sambutan Hari Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar OPPO F5 sebelum ini datang dalam edisi khas merah dengan 6GB RAM dan storan 64GB, pada harga RM1,598. Demi meraikan Tahun Baru Cina yang sinonim dengan warna merah juga, OPPO Malaysia hari ini mengumumkan OPPO F5 edisi biasa berwarna merah.

OPPO F5 edisi biasa berwarna merah ini menyertai barisan warna sedia Emas dan Hitam. Ia memiliki RAM sebanyak 4GB serta storan dalaman 32GB. Harganya juga kekal sama, iaitu RM1,298 dan boleh dibeli menerusi stor online OPPO atau mana-mana pengedar sah OPPO.



Stor online OPPO turut menyediakan hadiah percuma bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina berupa Olike Universal Power Adaptor serta pek angpau merah OPPO. Hadiah ini diberikan selagi stok masih ada.

OPPO juga kini sedang menawarkan edisi terhad OPPO F5 Dashing Blue, khas sempena Hari Valentine. Jika masih ada stok, pembeli OPPO F5 Dashing Blue akan menerima sekotak hadiah berisi casing bertatah kristal Swarovski eksklusif.



OPPO F5 adalah telefon pintar OPPO pertama dengan skrin nirbingkai 18:9 berukuran 6.0-inci. Ia diperkasa cip Mediatek Helio P23 8-teras bersama 4GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Kamera hadapannya menggunakan sensor 20MP f/2.0 dengan bantuan kecantikan AI, manakala kamera belakangnya pula 16MP f/1.8. Ia memiliki bateri sebesar 3,200mAh tetapi tidak disertakan pengecas pantas VOOC.

Tags: oppoOPPO F5OPPO F5 MalaysiaOPPO F5 MerahOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO F5 merah sertai sambutan Hari Raya

OPPO F5 merah sertai sambutan Hari Raya

8 February 2018
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN