• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Neelofa serikan pelancaran OPPO F5 6GB Edisi Merah

  • OLEH Najib
  • 11:56 am
  • 06/12/2017
  • Komen
Neelofa serikan pelancaran OPPO F5 6GB Edisi Merah
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO Malaysia hari ini mengumumkan versi terhebat pakar selfie terbarunya, OPPO F5 6GB bersama pengenalan dutanya, selebriti serba boleh Malaysia, Neelofa.

Telefon pintar ini ditawarkan dalam dua warna, Hitam dan Merah. Harga jualannya pula RM1,698, tambahan RM400 berbanding OPPO F5 dengan 4GB RAM dan 32GB storan dalaman iaitu RM1,298.



Berita baik untuk peminat, OPPO turut menyediakan hadiah istimewa untuk tempahan awal OPPO F5 6GB Red Edition. 1,000 penempah pertama akan menerima kotak hadiah khas yang mengandungi sarung telefon merah bertatah kristal Swarovski.

Tempahan OPPO F5 6GB Red Edition boleh dibuat menerusi laman web OPPO, bermula jam 12.30 tengah hari ini, 6 Disember. Jualan pula akan bermula pada 16 Disember 2017.



OPPO F5 6GB adalah versi OPPO F5 yang dipertingkat. Ia memiliki 6GB RAM dan storan lebih besar 64GB. Lain-lain perkara kekal sama seperti skrin 6.0-inci bernisbah 18:9 dengan resolusi 2160×1080, dan pemproses Mediatek Helio P23 8-teras.

Kamera hadapannya menggunakan sensor 20MP f/2.0 dengan bantuan kecantikan AI, manakala kamera belakangnya 16MP f/1.8. Ia memiliki bateri sebesar 3,200mAh tetapi tidak disertakan pengecas pantas VOOC.

OPPO F5 dengan 4GB RAM telah dijual pada harga RM1,298. Terdapat versi lebih rendah iaitu OPPO F5 Youth dengan 3GB RAM dan 32GB storan, dijual berharga RM1,098.

Tags: oppoOPPO F5OPPO F5 6GBOPPO F5 6GB MalaysiaOPPO Malaysiapakar selfie
Najib

Najib

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Neelofa serikan pelancaran OPPO F5 6GB Edisi Merah

Neelofa serikan pelancaran OPPO F5 6GB Edisi Merah

6 Disember 2017
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER