• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO F5 Youth edisi lebih jimat bagi remaja kaki swafoto

  • OLEH Najib
  • 7:59 pm
  • 28/11/2017
  • Komen
OPPO F5 Youth edisi lebih jimat bagi remaja kaki swafoto
Share on FacebookShare on Twitter

Berminat dengan telefon pintar pakar swafoto OPPO F5 yang baru, tapi kekurangan bajet? Apa kata dapatkan edisi lebih jimat, OPPO F5 Youth yang akan dijual di Malaysia tidak lama lagi.

OPPO Malaysia hari ini mengumumkan OPPO F5 Youth, versi sedikit bawah dari OPPO F5 dengan harga yang lebih murah. Ia akan dijual bermula dari 2 Disember 2017 dengan harga RM1,098 sahaja, RM200 lebih murah dari OPPO F5.



Persamaan yang terdapat pada OPPO F5 Youth dengan abangnya adalah rekabentuk dan saiz badan yang sama, serta skrin bernisbah 18:9 berukuran 6.0-inci dan resolusi FHD+ 2160×1080. Lain-lain perkara, agak banyak berbeza.

Kamera swafotonya menggunakan sensor 16MP f/2.0 bersama teknologi pengecaman kecantikan A.I, manakala kamera belakangnya 13MP f/2.2. Berlainan dengan OPPO F5 yang memiliki sensor kamera swafoto 20MP f/2.0 dan kamera belakang 16MP f/1.8.



Kuasa dalamannya pula digerakkan oleh pemproses yang sama, Mediatek Helio P23 16nm 8-teras, bersama 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Antaramukanya juga tidak berbeza, menjalankan ColourOS 3.2 berasaskan Android 7.0.

Dengan saiz badan yang sama, OPPO F5 Youth turut memiliki kapasiti bateri yang sama, sebesar 3,200mAh tetapi tanpa pengecasan pantas VOOC. Pengimbas capjari pula diletakkan di belakang telefon.

Untuk perbandingan, OPPO F5 dengan 4GB RAM dan 32GB storan telah dijual di Malaysia berharga RM1,298. Manakala OPPO F5 6GB RAM dan 64GB storan pula akan dibuka tempahan pada 6 Disember, dengan harga yang kami anggarkan sekitar RM1,598.

Jika berminat dengan OPPO F5 Youth ini, jangan lupa tarikh jualannya pada 2 Disember nanti. Dua warna boleh dipilih antara Emas dan Hitam dengan harga RM1,098.

Tags: oppoOPPO F5 YouthOPPO F5 Youth MalaysiaOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
OPPO F5 Youth edisi lebih jimat bagi remaja kaki swafoto

OPPO F5 Youth edisi lebih jimat bagi remaja kaki swafoto

28 November 2017
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN