Pelbagai ganjaran GSC menanti pengguna Digi

Pelanggan Digi kini boleh menikmati lebih ganjaran apabila Digi hari ini mengumumkan kerjasama dengan panggung wayang Golden Screen Cinemas (GSC). Kerjasama selama setahun ini akan menyediakan pelbagai ganjaran eksklusif khusus buat pengguna Digi.

Antara ganjaran yang menanti adalah seperti tawaran harga rata tiket RM8.99 pada setiap hari Khamis, serta pilihan kombo bertih jagung dan lain-lain diskaun apabila mereka menonton filem pecah panggung terkini di pawagam GSC di seluruh Malaysia.

Untuk menikmati ganjaran ini, pengguna Digi memerlukan aplikasi myDigi yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Ganjaran ini boleh didapati di ruangan MyDigi Rewards di dalam aplikasi tersebut.

Selain GSC, aplikasi MyDigi menyediakan banyak lagi ganjaran dan tawaran istimewa khas buat pengguna Digi. Semak selalu ruangan MyDigi Rewards untuk melihat ganjaran terkini.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web MyDigi atau layari Facebook Digi.