• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiket penerbangan percuma khas buat pengguna Celcom FIRST

  • OLEH Najib
  • 2:55 pm
  • 08/02/2018
  • Komen
Tiket penerbangan percuma khas buat pengguna Celcom FIRST
Share on FacebookShare on Twitter

Mahukah anda mengikat kontrak talian telefon selama 12 bulan dan terima tiket penerbangan PERCUMA? Jika ya, anda harus menyemak tawaran terbaru pascabayar Celcom FIRST yang menawarkan tiket penerbangan ke mana-mana destinasi di ASEAN serta banyak lagi ganjaran lain.

Pertama seumpamanya di Malaysia, Celcom hari ini melancarkan program Ganjaran Gaya Hidup yang direka khas buat pengguna pascabayar Celcom FIRST Gold dan FIRST Platinum. Hanya dengan mengikat kontrak talian Celcom FIRST selama 12 bulan, pelanggan boleh menikmati pelbagai ganjaran gaya hidup yang istimewa.



Untuk pelan Celcom FIRST Platinum (RM148/bulan) dan FIRST Platinum Plus (RM188/bulan), tawaran yang menanti berupa 1 tiket penerbangan pergi-balik ke mana-mana destinasi di ASEAN, atau kombinasi dua tawaran di bawah setiap bulan:

  • 1 tiket wayang GSC
  • Baucer beli-belah 11street RM10
  • 2 kupon Grab RM5
  • Baucer minuman Tealive RM10
  • Rebat RM10 di Apple Appstore atau Google Playstore

Selain itu, pengguna pelan FIRST Platinum & Platinum Plus juga layak menikmati tawaran perayauan internet di 9 negara ASEAN, serta tambahan panggilan dan SMS tanpa had di 9 negara ASEAN bagi FIRST Platinum Plus.



Bagi pelanggan FIRST Gold (RM80/bulan), FIRST Gold Plus (RM98/bulan) dan FIRST Gold Supreme (RM128/bulan), ganjaran yang disediakan berupa 1 tiket penerbangan pergi-balik ke mana-mana destinasi di Malaysia, atau salah satu tawaran di bawah setiap bulan:

  • Pelan Video Walla 15GB sebulan
  • Baucer beli-belah 11street RM10
  • 2 kupon Grab RM5
  • Baucer minuman Tealive RM10
  • Rebat RM10 di Apple Appstore atau Google Playstore

Kesemua pelan FIRST Gold dan FIRST Platinum yang mendaftar kontrak 12 bulan ini juga akan menerima tawaran AnydayGB yang menukar semua data hujung minggu kepada sepanjang masa, bersama akses premium tanpa had ke iflix dan Yonder Music.

Pelanggan baru dan sedia ada Celcom yang tidak terikat dengan sebarang kontrak, boleh mengunjungi mana-mana Celcom Blue Cube atau rakan rasmi Celcom di seluruh negara, untuk mendaftar kontrak 12 bulan bagi menikmati ganjaran gaya hidup terbaru Celcom ini, tanpa sebarang caj tambahan.

Tetapi untuk pelanggan yang sudah terikat dengan kontrak bersama Celcom, mereka perlu membatalkan kontrak sedia ada, membayar penalti dan mendaftar kontrak baru 12 bulan untuk menyertai program ganjaran ini.

Selepas mendaftar, pelanggan yang layak akan dapat melihat dan memilih ganjaran yang dikehendaki menerusi aplikasi MyCelcom Postpaid. Ia boleh disemak menerusi ruangan My Services > Lifestyle Privileges.

Maklumat lanjut tentang tawaran Gaya Hidup Celcom ini boleh dirujuk di laman web www.celcom.com.my.

Tags: celcomcelcom firstCelcom First GoldCelcom FIRST PlatinumCelcom Postpaidpascabayar Celcom
Najib

Najib

POPULAR

Tiket penerbangan percuma khas buat pengguna Celcom FIRST

Tiket penerbangan percuma khas buat pengguna Celcom FIRST

8 February 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN