• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

8GB RAM dalam telefon pintar Xiaomi kini dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:32 pm
  • 08/02/2018
  • Komen
8GB RAM dalam telefon pintar Xiaomi kini dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sejarah telah mencatatkan Xiaomi sebagai pelopor serta pencetus telefon skrin nirbingkai, apabila mereka melancarkan Mi MIX. Kemudian Xiaomi menaik taraf telefon pintar nirbingkai tersebut dengan melancarkan Mi MIX 2.

Xiaomi turut memperkenalkan edisi khas Mi MIX 2, dengan badan seramik serta 8GB RAM, antara telefon terawal memiliki RAM sebesar ini. Kini, telefon pintar Mi MIX 2 edisi khas Putih Seramik 8GB boleh dibeli secara rasmi di Malaysia.



Khabar tentang penjualan telefon pintar ini dikongsi menerusi Facebook Mi Malaysia. Jika versi hitam 6GB RAM dijual pada harga RM2,199, versi Putih Seramik 8GB RAM pula boleh dimiliki pada harga RM2,699. Ia boleh didapati menerusi stor rasmi Mi Malaysia di Lazada.

Antara keunikan Mi MIX 2 adalah kamera hadapan 5MP di bawah skrin, kamera belakang 12MP 4-paksi penstabil imej optikal (OIS), serta badan melengkung di semua sisi. Skrin IPS nirbingkainya berukuran 5.99-inci dengan resolusi HDPenuh+.



Kuasa dalamannya digerakkan oleh cip Snapdragon 835, dengan edisi Putih Seramik memiliki 8GB RAM dan 128GB storan. Versi hitam pula memiliki cip yang sama, tetapi hanya 6GB RAM dan 64GB storan.

Bateri di dalam Mi MIX 2 berkapasiti 3,400mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui sambungan USB-C. Ia tiada port audio 3.5mm tetapi adaptor USB-C ke 3.5mm diberi bersama.

Jika berminat dengan warna putih serta kemasan seramik keseluruhannya, dapatkan Mi MIX 2 Putih Seramik di sini. Mi MIX 2 hitam dengan 6GB RAM dan 64GB storan turut boleh dibeli di Lazada menerusi pautan ini.

Untuk penerangan lebih lengkap tentang telefon pintar ini, layari laman produk Mi MIX 2 Malaysia.

Tags: Mi MalaysiaMi MIX 2Mi MIX 2 MalaysiaMi MIX 2 PutihMi MIX 2 Putih Seramikxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
8GB RAM dalam telefon pintar Xiaomi kini dijual di Malaysia

8GB RAM dalam telefon pintar Xiaomi kini dijual di Malaysia

8 February 2018
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN