Anda dah aktifkan mode Tahun Baru Cina? Minggu depan kita akan menyambutnya pada 15 dan 16 Februari. Sudah tentu ada rakan-rakan kita yang bersedia untuk cabut pulang ke kampung dalam masa terdekat ini. Tapi sebelum itu, seperti biasalah jom kita lihat iklan Tahun Baru Cina (CNY) yang yang ada untuk tahun 2018.
Saya himpunkan 17 iklan CNY daripada pelbagai pihak baik daripada telco hinggalah ke produk makanan. Jom kita enjoy. Oh ya, pastikan ada kotak tisu berhampiran takut-takut ada kejadian tak diingini berlaku.
Ada 17 semuanya. Boleh tak saya kata yang iklan TNB adalah yang paling epik?
Lompat ke:
1. AirAsia
Bersempena tahun anjing, iklan AirAsia kali ini ada kaitan dengan sahabat karib manusia itu.
2. Celcom
Masa mampu mengubah keadaan tapi takkan mengubah kasih sayang dalam hidup 5 sekawan ini.
3. Digi
Iklan CNY 2018 ini ditujukan buat para guru diuar sana.
4. EcoWorld
Kaum ayah-ayah memang susah nak tunjuk rasa sayang pada anak. Tapi percayalah, sayang tu memang ada.
5. Eu Yang Sang Malaysia
Jangan sampai orang luar lebih menghargai ibu-bapa anda berbanding anaknya sendiri.
6. Lazada
Beli belah tanpa lelah di Lazada.
[nextpage title=”7 hingga 12″]
7. Malaysia Airlines
Sambutan Tahun Baru Cina bukanlah sesuatu yang sarat dengan peraturan dan pantang larang, tapi ia melambangkan tata susila dan budaya yang perlu diamalkan sehari-hari.
8. Maxis
Singa dah letih nak menari setiap tahun. Tapi, Singa ini temui cara untuk kekal muda.
9. Mercedes-Benz Malaysia
Pengalaman orang-orang lama yang terlebih dulu merasa garam sangat berbaloi. Hayati dan serap intipati baik daripadanya.
10. Mudah.my
Popo ternampak set mahjong set yang disenaraikan di Mudah. Apa signifikannya set mahjong itu kepadanya?
11. Nissan
Tan Chong Motor Sdn. Bhd. ambil kesempatan untuk promosikan barisan flit Nissan mereka. Mereka melalui sitkom yang menarik.
12. Old-Town White Coffee
Ah Boy nak melamar kekasihnya. Tapi sebelum itu, ada satu halangan yang perlu ditempuhinya iaitu bakal ayah mertuanya. Bagaimana dia menambat hati ayah kekasihnya?
[nextpage title=”13 hingga 17″]
13. Pensonic
Tak kiralah apa latar belakang anda, darah daging perlu bersatu hati.
14. Petronas
Dah dewasapun kita masih lagi muda pada mata ayah.
15. Setia
Kayu sepit, kalau keseorangan memang tak berguna. Tapi kalau berdua, beban yang berat pun boleh diangkut bersama. Itulah simbolik kutleri tradisional bangsa Cina.
16. Tenaga Nasional Berhad
Iklan perayaan Tenaga Nasional Berhad kini semakin gempak, lebih gempak berbanding Petronas. Kalau anda perasan, Aida dari iklan Raya Puasa ber-cameo dalam video ni.
17. U Mobile
Kenapa U Mobile taksub dengan angka 9?
Bonus: Apple
Iklan ini 100% dirakam menggunakan iPhone X untuk memperagakan kemampuan 4K 60fps telefon ini.
https://www.youtube.com/watch?v=ySLn-2MZenU
[Sumber: Gambar Cover]