• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:28 am
  • 23/06/2026
  • Komen
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MoF) telah mengumumkan BUDI MADANI Diesel, sebuah inisiatif baharu diesel bersubsidi yang bakal menyeragamkan pelaksanaan subsidi bahan api tersebut di seluruh negara bermula 1 Julai 2026.

Di bawah inisiatif subsidi diesel baharu ini, rakyat Malaysia yang layak boleh membeli diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter menggunakan pengesahan MyKad. Pengumuman ini susulan daripada langkah kerajaan yang menurunkan harga subsidi petrol baru-baru ini.



Kuota BUDI Diesel dikongsi bersama BUDI95

Seperti BUDI95, BUDI MADANI Diesel turut menggunakan sistem kuota subsidi. Menurut dokumen soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan oleh MoF, kuota asas yang ditetapkan adalah sebanyak 200 liter sebulan bagi setiap individu.

Bagaimanapun, perkara penting yang perlu anda tahu ialah kuota 200 liter ini dikongsi bersama dengan kuota petrol RON95 bersubsidi (RM1.99 seliter).



Ini bermakna, anda hanya boleh membeli kedua-dua diesel dan petrol RON95 menggunakan kuota yang sama dengan had 200 liter dalam masa sebulan. Sebaik sahaja had 200 liter dicapai, pengguna perlu membayar harga runcit tanpa subsidi bagi pembelian seterusnya, sehingga kelayakan diperbaharui pada bulan berikutnya.

Satu lagi perincian penting, harga subsidi RM2.10 seliter ini hanya terpakai untuk diesel gred B10 sahaja, berdasarkan dokumen FAQ tersebut. Bagi pengguna yang mahu mengisi diesel gred B7, anda perlu membayar harga runcit penuh mengikut kadar Mekanisme Harga Automatik (APM) mingguan.

Dari segi penggunaan di stesen minyak, mekanismenya adalah serupa dengan BUDI95 di mana ia menggunakan MyKad sebagai kaedah pengesahan utama.

Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran terus di kaunter, terminal kad di pam, atau menggunakan aplikasi yang menyokong sistem pengesahan e-KYC seperti TNG eWallet, Setel, CaltexGo, dan Shell App.

Pemilik pikap dan jip boleh mohon tambahan 100 liter

Menariknya, pemilik kenderaan jenis pikap dan jip boleh memohon kuota tambahan sebanyak 100 liter sebulan di bawah BUDI MADANI Diesel. Dengan tambahan tersebut, jumlah kuota subsidi yang boleh dinikmati oleh golongan ini meningkat kepada 300 liter sebulan.

Bagi individu yang sudah menerima bantuan tunai RM400 sebulan menerusi program BUDI Diesel Individu sedia ada, kuota tambahan 100 liter ini akan diberikan secara automatik tanpa perlu membuat permohonan baharu.

Untuk memohon kelayakan tambahan ini, ia boleh dibuat menerusi laman web rasmi BUDI MADANI. Anda boleh log masuk menggunakan MyDigital ID, kemudian pilih menu BUDI Rakyat, lengkapkan maklumat peribadi dan kenderaan diesel, pilih jusitifikasi peromohonan, kemudian semak, sahkan maklumat dan tekan hantar.

Siapa yang layak untuk BUDI Diesel?

Bukan semua layak untuk mendapat BUDI Diesel ini. Untuk melayakkan diri menerima subsidi diesel, seseorang itu mestilah warganegara Malaysia mempunyai lesen memandu yang sah, dan adalah pemilik berdaftar bagi kenderaan diesel persendirian tersebut dengan cukai jalan yang masih aktif.

Sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Julai, pemilik kenderaan diesel yang layak di Semenanjung Malaysia akan diberikan akses awal bermula 27 Jun 2026. Sepanjang fasa awal ini, pengguna boleh membeli diesel pada harga subsidi RM2.15 seliter, iaitu kadar subsidi yang sedang dinikmati oleh pengguna di Sabah dan Sarawak pada masa ini.

Bagi anda yang mahu menyemak status kelayakan atau mengemukakan permohonan kuota tambahan, ia boleh dibuat menerusi portal rasmi BUDI Madani. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi pusat khidmat BUDI Madani menerusi e-mel di [email protected], talian telefon 1300-88-9595, atau membuat semakan kelayakan terus menggunakan aplikasi TNG eWallet serta aplikasi syarikat minyak yang terlibat.

Tags: BUDIBUDI DieselBudi MadaniBUDI Madani DieselBUDI RON95dieselKementerian KewanganMOFRON95Subsidi Diesel
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN