• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AVITA

Laptop AVITA LIBER tiba di Malaysia dengan tawaran serendah RM688

  • OLEH Najib
  • 8:54 pm
  • 09/02/2018
  • Komen
Laptop AVITA LIBER tiba di Malaysia dengan tawaran serendah RM688
Share on FacebookShare on Twitter

Membawakan konsep rekaan laptop yang segar dan berjiwa remaja, AVITA kini tiba di Malaysia dan melancarkan laptop pertama mereka, LIBER. Selepas bertapak di Singapura, Taiwan dan Hong Kong, AVITA kini meluaskan pasaran mereka ke Malaysia.

Daya tarikan utama laptop AVITA LIBER adalah pada pilihan warna yang terang dan berbeza dari biasa. Antaranya pilihan warna hitam, putih, merah, ungu, biru dan merah jambu. Banyak lagi warna yang tidak disebut di sini turut dijual.



AVITA menawarkan LIBER dalam dua jenis skrin, 13.3-inci dan 14-inci. Kedua-duanya menggunakan paparan IPS dengan resolusi HD Penuh 1920×1080.

Lebih menarik lagi, LIBER ditawarkan dengan pelbagai jenis CPU, RAM dan storan. Untuk CPU, pengguna boleh memilih dari serendah Intel Celeron N3350, Pentium N4200, Core M3-7Y30, Core i5-7Y54 dan Core i7-7Y54.



RAM pula boleh dimasukkan antara 4GB dan 8GB dari jenis DDR3 1600MHz. Untuk storan, ia menggunakan jenis SSD dengan kapasiti 128GB, 256GB atau 512GB. Dari pelbagai pilihan ini, laptop AVITA LIBER dijual dari serendah RM1,799 sehingga RM4,399.

LIBER direka sebagai sebuah Ultrabook iaitu ringan, nipis dan bateri yang tahan lama. bagi model 13.3-inci, ketebalannya hanya 15mm dengan berat 1.37kg. Manakala model 14-inci pula setebal 16mm dan berat 1.49kg. Bateri di LIBER boleh bertahan sehingga 10 jam lamanya.

Port sambungan di LIBER juga mencukupi. Terdapat port USB3.0, USB-C, pembaca kad MikroSD, audio 3.5mm, dan Mini HDMI. Ia juga dibina dengan sambungan wayarles seperti Bluetooth 4.0 dan WiFi 802.11ac.

Selain laptop, AVITA turut akan membawa masuk aksesori komputer seperti sarung komputer riba, beg galas, serta tetikus. AVITA juga akan memperkenalkan model laptop lain tahun ini.

Sebagai promosi ketibaan mereka di Malaysia, AVITA menawarkan 50 unit laptop LIBER pada harga hanya RM688 sahaja. Laptop yang ditawarkan ini mempunyai kuasa Intel Pentium, 4GB RAM, 128GB storan dan skrin 13.3-inci dengan tanda harga asal RM2,299.

Tawaran ini dibuat pada hari Sabtu, 10 Februari 2018 di dua lokasi, Digital Mall Petaling Jaya dan Plaza Lowyat Kuala Lumpur. Sebanyak 10 unit ditawarkan di Notebook Pro yang terletak di Digital Mall, dan 40 unit lagi di AVITA Popup Store Plaza Lowyat. Jualan akan dibuka bermula jam 10 pagi.

Orang ramai turut boleh melihat, mencuba dan mendapatkan mana-mana model laptop AVITA LIBER di kedua-dua lokasi tersebut. Harga jualan laptop AVITA LIBER dari serendah RM1,799 sehingga RM4,399.

Maklumat lanjut tentang AVITA dan laptop LIBER boleh didapati menerusi laman web AVITA Malaysia serta di Facebook AVITA Malaysia.

Tags: AVITAAVITA LIBERAVITA LIBER MalaysiaAVITA MalaysialaptopLaptop AVITA
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Laptop AVITA LIBER tiba di Malaysia dengan tawaran serendah RM688

Laptop AVITA LIBER tiba di Malaysia dengan tawaran serendah RM688

9 February 2018
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER