• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wiko perkenal telefon pintar termurah Sunny2 Plus

  • OLEH Najib
  • 12:27 pm
  • 12/02/2018
  • Komen
Wiko perkenal telefon pintar termurah Sunny2 Plus
Share on FacebookShare on Twitter

Perlukan telefon pintar Android yang sangat murah asal boleh jalan? Anda bernasib baik kerana Wiko Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar Sunny2 Plus, yang berharga RM249 sahaja.

Tetapi telefon ini mungkin sukar digunakan dengan beberapa talian di Malaysia.



Ini kerana Wiko Sunny2 Plus tidak menyokong rangkaian 4G, hanya sehingga 3G HSPA+ (H+) sahaja. Jadi untuk telco dengan fokus pada talian 4G sahaja seperti Yes4G dan unifi mobile, tidak dapat menggunakan Wiko Sunny2 Plus.

Memang sukar untuk menjangkakan sesuatu yang hebat dari Sunny2 Plus, melainkan harganya yang sangat murah.



Dari segi perkakas, Sunny2 Plus memiliki cip pemproses Cortex A7 4-teras 1.3GHz, dengan RAM sebanyak 1GB dan storan dalaman 8GB sahaja. Ia mempunyai slot kad mikroSD untuk storan tambahan.

Skrin Sunny2 Plus berukuran 5.0-inci dengan resolusi 854×480. Ia mempunyai kamera belakang 5MP dan kamera hadapan 2MP. Sistem operasinya dijalankan oleh Android 7.0 Nougat.

Bateri di dalam Sunny2 Plus pula hanya sebesar 2,000mAh dan memiliki sambungan seperti mikroUSB 2.0 serta Bluetooth dan WiFi. Ia juga masih memiliki port audio 3.5mm.

Jika ada satu perkara menarik di Sunny2 Plus, ia adalah pilihan warna. Wiko menyediakan lima warna untuk dipilih di Sunny2 Plus iaitu Hitam, Bleen, Emas, Lime dan Perak.

Wiko Sunny2 Plus kini boleh didapati dari pengedar sah Wiko di seluruh Malaysia, pada harga hanya RM249. Maklumat lanjut boleh dirujuk dari laman produk Wiko Sunny2 Plus dan Facebook Wiko Malaysia.

Tags: Sunny2 PlusWikoWiko MalaysiaWiko Sunny2 Plus
Najib

Najib

POPULAR

Wiko perkenal telefon pintar termurah Sunny2 Plus

Wiko perkenal telefon pintar termurah Sunny2 Plus

12 February 2018
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER