• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Flights boleh ramal masa pesawat ditunda, sebelum diketahui syarikat penerbangan

  • OLEH Najib
  • 11:04 am
  • 13/02/2018
  • Komen
Google Flights boleh ramal masa pesawat ditunda, sebelum diketahui syarikat penerbangan
Share on FacebookShare on Twitter

Tertekan bila tiba di pintu pelepasan, pesawat yang ingin dinaiki memaparkan notis delay atau ditunda? Google boleh memberi sedikit bantuan di bahagian ini.

Google Flights, sebuah enjin carian penerbangan oleh Google, kini datang dengan fungsi baru yang boleh membuat ramalan lebih awal jika masa penerbangan pesawat akan ditunda. Ini boleh memberi sedikit kelegaan kepada pengguna penerbangan.



Google melakukan ramalan ini bukan dengan mengambil maklumat dari syarikat penerbangan, sebaliknya menggunakan data dari sejarah penerbangan dan algoritma pembelajaran mesinnya (machine learning).

Dengan cara ini, Google boleh membuat jangkaan masa penundaan jauh lebih awal dari pengumuman rasmi syarikat penerbangan. Tetapi Google tidak akan mengeluarkan jangkaan ini, sehingga ia yakin 80% dengan jangkaan tersebut.



Google juga meminta pengguna untuk tiba di lapangan terbang tepat pada masanya, sekurang-kurangnya anda sudah tahu ada masa lapang yang boleh digunakan untuk perkara lain bila tiba di lapangan terbang.

Selain jangkaan masa penerbangan ditunda, Google Flights juga kini akan memberitahu tentang maklumat penerbangan ekonomi seperti ruangan penyimpanan bagasi, pemilihan tempat duduk, serta bayaran bagasi. Tetapi buat masa ini, ia untuk syarikat penerbangan Amerika Syarikat iaitu American, Delta, dan United.

Anda boleh menggunakan Google Flights menerusi laman web www.google.com/flights.

[Sumber: TechCrunch, Blog Google]

Tags: GoogleGoogle Flights
Najib

Najib

POPULAR

Google Flights boleh ramal masa pesawat ditunda, sebelum diketahui syarikat penerbangan

Google Flights boleh ramal masa pesawat ditunda, sebelum diketahui syarikat penerbangan

13 February 2018
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN