• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jutaan Telefon Digodam Tanpa Sedar Untuk Melombong Kriptowang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:05 pm
  • 13/02/2018
  • Komen
Jutaan Telefon Digodam Tanpa Sedar Untuk Melombong Kriptowang
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti komputer, penyelidik keselamatan di Malwarebytes Labs turut menyuarakan kebimbangan berkaitan “wabak” yang menular pada telefon Android. Wabak ini membuatkan telefon anda melombong kriptowang tanpa anda sedari.

Penggodam yang tak bertanggung jawab ini mengeksploitasi kelewahan pengguna sendiri yang alpa tentang keselamatan peranti mereka seperti yang digariskan oleh Google sendiri.



Salah satu kaedah jangkitan wabak melombong kriptowang adalah melalui iklan yang terpampang pada APP bukan daripada pembangun yang jujur. Iklan itu dipautkan pula dengan laman web yang mempunyi skrip melombong seperti coinhive.

Siasatan lebih mendalam mendapati terdapat beberapa laman web yang menanti mangsa yang apabila dilawati akan terus mengarahkan telefon melombong. Contohnya, dua daripada laman web itu menunjukkan trafik bulanan sekurang-kurangnya 32 juta.



Ia menunjukkan betapa ramainya pengguna yang sudah menyumbang kriptowang pada penggodam tanpa mereka sedari.

Dengan mengambil kira pemboleh ubah seperti jumlah trafik laman web dan kadar hash peranti Android, penyelidik menanggarkan pemilik laman web itu menerima kriptowang bernilai beberapa ribu USD setiap bulan.

Walau bagaimanapun, melihat pada trend harga matawang digital itu, tidak mustahil nilai itu akan jadi berlipat ganda dalam masa yang singkat.

Jadi, apakah yang anda boleh lakukan untuk elak jadi mangsa lombong kriptowang?

Baca artikel 5 Langkah Kekal Selamat Di Android ini.

[Sumber: Malwarebytes Lab]

Tags: bitcoincoinhivecryptocurrencykeselamatankriptowangmalwarebytesmalwarebytes labmelombongmining
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jutaan Telefon Digodam Tanpa Sedar Untuk Melombong Kriptowang

Jutaan Telefon Digodam Tanpa Sedar Untuk Melombong Kriptowang

13 February 2018
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN