• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 5 Pro Berpotensi Jadi Telefon Terlaris Di India

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:59 pm
  • 14/02/2018
  • Komen
Redmi Note 5 Pro Berpotensi Jadi Telefon Terlaris Di India
Share on FacebookShare on Twitter

6 daripada 10 telefon yang dijual di India pada suku 4 2017 adalah daripada Xiaomi. Sebahagian besarnya disumbang oleh Redmi Note 4 yang memegang rekod penjualan paling banyak dalam tahun 2017 iaitu melebihi 9.6 juta unit. Hari ini, Xiaomi mengumumkan pengganti kepada Redmi Note 4 iaitu:

  • Redmi Note 5 Pro
  • Redmi Note 5

Redmi Note 5 Pro adalah telefon pertama siri Redmi Note yang memiliki dwikamera belakang. Ia turut menjadi yang pertama menggunakan paparan 18:9 dengan panel 5.99″ HD Penuh.



Ia dikuaskaan platform Snapdragon 636 yang baru, pertama seumpamanya dalam industri. Menggunakannya, Redmi Note 5 Pro berprestasi 50% lebih baik dan 40% lebih cekap tenaga berbanding Redmi Note 4.

Cip itu dipadankan dengan RAM 4GB/6GB bersama-sama storan 64GB. Bahagian RAM turut ditambah baik apabila LPDDR4X digunakan untuk menggantikan LPDDR4. Maka, pengguna akan menikmati 30% lebih penjimatan tenaga.



Pada jabatan pengimejan, kamera utamanya menggunakan sensor 12MP manakala yang kedua 5MP dan hanya digunakan untuk mengukur kedalaman medan.

Untuk berselfie, kamera 20MP digunakan.

Telefon ini menerima tenaga daripada bateri berkapasiti 4,000mAh.

Redmi Note 5 secara asasnya adalah sebuah Redmi Note 4 dengan sedikit penambahbaikkan.

Yang paling ketara adalah penggunaan panel 18:9 serta ia kini lebih nipis tapi masih mengekalkan kapasiti bateri 4,000mAh.

Bahagian kamera menerima sedikit kemas kini. Jika pada Redmi Note 4, sensor 13MP digunakan, Note 5 menggunakan sensor 12MP tapi memiliki saiz piksel individu yang lebih besar.

Komponen-komponen lain yang diwarisi daripada Redmi Note 4 adalah seperti platform Snapdragon 625 dan RAM 3GB/4GB. Pengimbas cap jari kekal di bahagian belakang.

Untuk harga, kesemua telefon yang dilancarkan Xiaomi kali ini berharga lebih murah berbanding Redmi Note 4 semasa dilancarkan. Ia akan dijual di India pada harga seperti berikut:

  • Redmi Note 5 Pro – RAM 6GB + Storan 64GB INR 16,999 (RM 1040)
  • Redmi Note 5 Pro – RAM 4GB + Storan 64GB INR 13,999 (RM 856)
  • Redmi Note 5 RAM – 4GB + Storan 64GB INR 11,999 (RM 734)
  • Redmi Note 5 RAM – 3GB + Storan 32GB INR 9,999 (RM 612)

 

Tags: redmi note 5redmi note 5 proxiaomixiaomi malaysiaxiaomi redmi note 5xiaomi redmi note 5 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi Note 5 Pro Berpotensi Jadi Telefon Terlaris Di India

Redmi Note 5 Pro Berpotensi Jadi Telefon Terlaris Di India

14 February 2018
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN