• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM400 dan hadiah percuma untuk pembelian Huawei Mate 10

  • OLEH Najib
  • 12:46 pm
  • 19/02/2018
  • Komen
Diskaun RM400 dan hadiah percuma untuk pembelian Huawei Mate 10
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat lensa Leica di telefon pintar, maka tawaran terbaru dari Huawei ini memang sangat sesuai. Huawei Malaysia kini menawarkan diskaun sebanyak RM400 bersama hadiah percuma bersempena sambutan Tahun Baru Cina ini.

Perlu diingatkan semula, tawaran ini untuk Huawei Mate 10, bukannya Huawei Mate 10 Pro. Tawaran ini juga sah selagi stok masih ada.



Dilancarkan dengan harga RM2,699, orang ramai di Malaysia kini boleh mendapatkan Huawei Mate 10 pada harga RM2,299 sahaja, diskaun sebanyak RM400 dari harga asal. Malah hadiah percuma turut diberikan.

Jika pembelian dibuat di Lazada, ia menawarkan hadiah berupa kotak hadiah premium Mate 10 bernilai RM239 bersama baucar hotel. Manakala Vmall.my pula menawarkan hadiah penapis udara kereta serta gelas eksklusif.



Huawei Mate 10 adalah telefon pintar pertama Huawei yang menggunakan cip Kirin 970 dengan kuasa AI. Ia disertakan RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 64GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD.

Tarikan utama sudah pasti pada lensa berkembar Leica di belakang, menggandingkan lensa RGB 12MP dan lensa monokrom 20MP bersama apertur F1/.6. Kamera hadapannya pula 8MP F/2.0.

Skrin Mate 10 berukuran 5.9-inci masih menggunakan nisbah 16:9 tetapi beresolusi tinggi QuadHD. Satu kekurangannya berbanding Mate 10 Pro adalah tidak kalis air dan debu IP68, tetapi kelebihannya pula adalah ia masih memiliki port audio 3.5mm.

Jangan terlambat nak dapatkan Huawei Mate 10 dengan diskaun sebanyak RM400 ini. Ia boleh dibeli sama ada di Lazada atau di Vmall.my.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Mate 10Huawei Mate 10 MalaysiaMate 10
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM400 dan hadiah percuma untuk pembelian Huawei Mate 10

Diskaun RM400 dan hadiah percuma untuk pembelian Huawei Mate 10

19 February 2018
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER