Energizer Hasilkan Powerbank Berfungsi Telefon Ke Telefon Berfungsi Powerbank?

Telefon berbateri besar memang ada permintaannya yang tersendiri. Energizer adalah salah satu pengeluar yang ingin mengisi kekosongan itu

Tatkala pengeluar lain berlegar sekitar 3000mah hingga 4000mah, Energizer akan melancarkan telefon dengan kapasiti berkali ganda daripada itu. Energizer Power Max P16K Pro memiliki bateri 16,000mAh.

Tidaklah diketahui berapa beratkah telefon itu pabila dipegang kelak. Namun, dengan tenaga sebegitu banyak, dua hari penggunaan berat pun tiada masalah.

Energizer Power Max P600S

 Pada sudut spesifikasi, ia boleh diletakkan dalam kelas pertengahan. Ia mewarisi segala-gala yang ada pada Energizer P600S yang diperkenalkan awal tahun ini kecuali pada bateri dan panel paparan.

Untuk paparan, telefon ini memiliki paparan 5.99″ dengan resolusi 18:9 2160 x 1080. Anda boleh menemui cip MediaTek P25 yang bergandingan bersama RAM 6GB dan storan 128GB.

Pada sistem pengimejan, ia dibekalkan dwikamera belakang 13MP + 5MP dan untuk berswafoto, pengguna diberikan kamera 8MP.

Ia dijadualkan untuk diumumkan pada 25 Februari 2018 di Barcelona. Kami akan ke sana untuk melihat sendiri rupanya. Teruskan bersama kami untuk berita komprehensif MWC 2018.

[Sumber: GSMArena]

BACA  Dengan Fungsi Baru Google Maps Ini, Soalan "Makan Mana?" Kini Tinggal Kenangan