Sony Terapkan Rekaan Serba Baru Pada Xperia XZ2

Sony akhirnya akur dengan trend telefon nirbingkai apabila imej bocor Xperia XZ2 memang menampakkan bahawa ia memang dilengkapi skrin memanjang. Selain itu, rekaan OmniBalance yang diamalkan sejak turutn temurun turut menerima pembaruan.

Daripada imej yang dibocorkan, Sony kini menerapkan rekaan kuboid sisi melengkung mirip Nokia 8 dan HTC. Ia dilengkapi paparan HD Penuh sebesar 5.7″ memanjang.

Materi kaca Gorilla berkilat menghiasi bahagian depan dan belakang. Komponen seperti kamera, flash dan pengimbas cap jari disusun secara bersiri.

Kehadiran cip flagship Qualcomm untuk tahun 2018, Snapdragon 845, meningkatkan keupyaan kamera pada XZ2 selangkah kehadapan. Dilengkapi kamera 19MP F1.8, ia mampu merakam video 4K HDR serta video super slow-mo pada resolusi HD Penuh berbanding resolusi HD saja pada generasi terdahulu.

Ia dijangka kalis air serta dikuasakan bateri bersaiz 3,180mAh yang boleh dicass secara wayarles.

Adiknya yang sedikit kecil memiliki spesifikasi yang hampir serupa kecuali pada beberapa bahagian. XZ2 Compact ada panel paparan 5.0″ HD Penuh serta badannya diperbuat daripada plastik polikarbonat dan ia dikuasakan bater 2,870mAh.

Kedua-dua telefon ini akan dilancarkan pada 26 Februari 2018 jam 8:30 pagi waktu Barcelona. Teruskan bersama kami untuk mengetahui berita MWC 2018.

[Sumber: VentureBeats]