• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG V30s ThinkQ Sertai MWC 2018 Memakai Baju Tahun Lepas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:58 pm
  • 25/02/2018
  • Komen
LG V30s ThinkQ Sertai MWC 2018 Memakai Baju Tahun Lepas
Share on FacebookShare on Twitter

LG adalah pelopor telefon berbingkai minimum serta bingkai bernisbah melebihi 16:9 menerusi LG G6 yang diperkenalkan pada MWC 2017 yang lalu. Semestinya untuk MWC 2018 peminatnya mengharapkan LG akan hadir dengan revolusi baru dalam dunia telefon.

Tapi, sebaliknya yang berlaku kerana untuk tahun ini, mereka sekadar menambah kuantiti RAM serta memperkenalkan fungsi AI pada LG V30 lalu memanggil telefon itu LG V30S ThinQ.



Tiada perubahan fizikal boleh dilihat pada V30S berbanding V30 kecuali pengenalan warna baru “Platinum Gray” serta “Morrocan Blue”.

Spesifikasi dalaman turut dikekalkan seperti penggunaan platform Snapdragon 835, dwikamera belakang 16MP (kamera utama) dan 13MP (kamera lebar) serta kamera swafoto 5MP. Cuma kuantiti RAM ditingkatkan sebanyak 6GB bagi menampung tugasan berat daripada fungsi kecerdasan buatan (AI) yang diperkenalkan.



Kamera adalah salah satu bahagian yang cuba memanfaatkan teknologi AI. AI CAM mampu mengenal pasti objek yang dilihat kamera dan menyesuaikan tetapan kamera agar gambar yang diambil berestetika tinggi.

QLens pula adalah satu aplikasi yang akan menarik maklumat berkaitan objek yang dikenal pasti daripada Internet untuk dipersembahkan kepada sang pengguna, sama seperti Google Lens. Arahan suara boleh diberikan kepada peralatan rumah menggunakan Google Assistant yang diubah suai oleh LG.

Dikuasakan cip pemproses tahun lepas adalah salah satu kegusaran yang dizahirkan pemerhati. Hal ini kerana, kebanyakan flagship yang bakal diperkenalkan tak lama lagi pastinya menggayakan cip flagship 2018 yang lebih canggih.

Pihak LG tidak boleh dipersalahkan 100% dalam hal ini kerana mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan komponen terkini akibat monopoli oleh Samsung.

[Sumber: LG]

Tags: la v30s thinkqlag v30slglg malaysiamwc 2018MWC2018v30sv30s thinkq
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG V30s ThinkQ Sertai MWC 2018 Memakai Baju Tahun Lepas

LG V30s ThinkQ Sertai MWC 2018 Memakai Baju Tahun Lepas

25 February 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN