• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi MIX 2S catat kuasa tertinggi

  • OLEH Najib
  • 10:46 pm
  • 25/02/2018
  • Komen
Mi MIX 2S catat kuasa tertinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Pameran Mobile World Congress (MWC) yang bermula esok di Barcelona, adalah lokasi penting di mana banyak jenama telefon pintar membuat pelancaran produk terbaru mereka. Xiaomi dilihat tidak ketinggalan menyertai kehangatannya tetapi bukan melalui pelancaran produk baru di sana.

Melalui twitter @Xiaomi, mereka berkongsi sebuah gambar yang menyatakan nombor 273241 bersama Mi MIX 2S, Snapdragon 845 serta March 27. Mereka mahu orang ramai meneka apa yang berlaku?



Can you guess what is coming? pic.twitter.com/Gd10g3OsFf

— Mi (@xiaomi) February 25, 2018

Ia kelihatan agak mudah diteka. Perkara yang jelas dan terang adalah pelancaran Mi MIX 2S dengan kuasa baru Snapdragon 845 pada 27 Mac akan datang. Berkenaan nombor 273741 pula, kami jangka ia merujuk kepada markah AnTuTu Benchmark yang diperolehi oleh telefon pintar ini.

Jika dibuat carian, peranti Snapdragon 845 mendapat markah sekitar 260 ribu ke 270 ribu. Jadi ini bertepatan dengan nombor yang dipaparkan @Xiaomi, malah mereka mungkin mahu menyatakan markah ini adalah antara yang terbaik dari peranti Snapdragon 845.



Bagaimanapun perkara ini masih belum dapat disahkan kerana AnTuTu baru sahaja mengeluarkan aplikasi versi 7.0 dan tidak mempamerkan pengkalan data terkini kerana masih kurang sebulan dari tarikh pengenalan versi 7.0 ini.

Selain penggunaan cip Snapdragon 845 yang baru, Mi MIX 2S dijangka akan memperbaiki kelemahan kamera hadapannya. Sebelum ini, ia terletak di bawah tetapi mungkin akan diletakkan di posisi normal di atas.

Mi MIX 2 telah pun dijual di Malaysia dengan harga RM2,199 bagi storan 64GB dan RM2,699 untuk model putih seramik 128GB. Adakah Mi MIX 2S akan menemui jalan ke Malaysia kelak? Kita tunggu pelancarannya pada 27 Mac nanti.

Tags: Mi MIX 2Sxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi MIX 2S catat kuasa tertinggi

Mi MIX 2S catat kuasa tertinggi

25 February 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN