Dapatkan iPhone X & Apple Airpods dengan diskaun lebih RM1,200

Lazada awal tahun ini telah dilantik sebagai pengedar sah produk Apple di Malaysia. Orang ramai di Malaysia boleh membeli pelbagai produk Apple dalam talian melalui platform itu.

Kadang-kadang, kita dapat melihat Lazada membuat promosi jualan produk Apple di bawah harga pasaran. Terbaru, Lazada menawarkan Apple Airpods dengan separuh harga, jika dibeli bersama iPhone X.

Sebenarnya, banyak diskaun boleh didapati dengan membeli iPhone X dan Apple Airpods di Lazada. Ini kerana Lazada menjual kedua-dua produk ini di bawah harga pasaran:

  • iPhone X 64GB – RM4,188 RM5,149
  • Apple Airpods – RM749 RM849

Untuk iPhone X sahaja dah jimat RM661. Lepas tu harga Apple Airpod pun RM100 lagi murah dari biasa. Ditambah dengan diskaun 50%, penjimatan lagi RM374.50 untuk Apple Airpods.

Jadi, jika anda membeli iPhone X 64GB bersama Apple Airpods di Lazada, anda menerima diskaun sebanyak RM1,135.50.

Tetapi diskaun 50% Apple Airpods ini hanya sehingga 28 Februari sahaja. Jadi segera dapatkannya sebelum terlepas tarikh tamat promosi.

TAPI

Ada satu cara lagi untuk mendapat diskaun tambahan. Lazada ada menjual Gift Card RM2,000 pada harga RM1,900 sahaja. Bermakna, anda boleh mendapat diskaun lagi RM100 dengan menggunakan Lazada Gift Card ni.

Cara penggunaan, mula-mula kena beli Lazada Gift Card RM2,000 ni pada harga RM1,900. Dah dapat baucar Gift Card RM2,000 ni, baru  beli iPhone X 64GB + Apple Airpod berharga RM 4,862.50 dan masukkan kod Lazada Gift Card tadi di ruangan voucher. Bayar baki RM2,862.50 mengikut kemampuan anda.

Bermakna, jumlah diskaun yang anda terima adalah sebanyak RM1,235.20 menggunakan Lazada Gift Card tadi. Semoga berjaya mendapatkannya. Lazada Gift Card ini juga boleh digunakan untuk membeli apa-apa produk di Lazada, dengan syarat melebihi RM2,000.

BACA  Huawei Y9 2019 seimbang antara bajet dan prestasi

[Sumber: Lowyat]