• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

wiko View2 dan View2 Pro sertai kem kamera menegak

  • OLEH Najib
  • 8:57 pm
  • 27/02/2018
  • Komen
wiko View2 dan View2 Pro sertai kem kamera menegak
Share on FacebookShare on Twitter

wiko bukanlah nama yang asing kerana mereka telah membawa banyak model telefon pintar kelas mampu milik di Malaysia. wiko turut menyertai pameran MWC 2018 di Barcelona dengan melancarkan beberapa model baru telefon pintar yang dijangka akan tiba di Malaysia kemudian.

Dua model paling menarik di majlis pelancaran ini adalah wiko View2 dan View2 Pro. Kedua-dua telefon pintar ini memiliki rekabentuk yang hampir sama, terutama dengan skrin HD+ nirbingkai 19:9 berukuran 6.0-inci, dengan takuk bulat seperti telefon Essential.



Perbezaan ketara View2 dapat dilihat di belakang. Ini kerana View2 memiliki kamera satu lensa 13MP F/2.0 di belakang, manakala View2 Pro pula menggunakan dua lensa kamera 16MP F/1.75 dengan kebolehan zum optikal. Bagi kamera hadapan, kedua-duanya menggunakan lensa 16MP F/2.0

Tetapi, rupa kamera belakang View2 dan View2 Pro ni saling tak tumpah macam telefon pintar termahal keluaran Apple, iPhone X. Ini kerana ia menyusun lensa kamera belakang secara menegak, serta memiliki bonjolan.



wiko mengekalkan penggunaan antaramuka Android seasli mungkin. Kerana itu, View2 dan View2 Pro menggunakan sistem operasi terbaru Android 8.0 Oreo. Selain pengimbas capjari, ia juga memiliki sistem pengecaman wajah Face Unlock.

Dari segi prestasi, terdapat sedikit perbezaan. View2 dikuasakan cip Snapdragon 435 dengan 3GB RAM dan 32GB storan. Manakala View2 Pro pula menggunakan cip Snapdragon 450, 4GB RAM dan 64GB storan.

Harga jualan untuk telefon ini di eropah adalah EUR199 (~RM958) manakala View2 Pro pula EUR299 (~RM1,440). Ia akan mula dipasarkan bermula bulan April depan. Dijangkakan ia akan turut dijual di Malaysia tidak lama kemudian.

Tags: MWC2018View2View2 ProWikowiko View2wiko View2 pro
Najib

Najib

POPULAR

wiko View2 dan View2 Pro sertai kem kamera menegak

wiko View2 dan View2 Pro sertai kem kamera menegak

27 February 2018
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN