• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Energizer Pamer “Kereta Kebal” dan “Kapal Tangki” Dalam Dunia Telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:42 pm
  • 28/02/2018
  • Komen
Energizer Pamer “Kereta Kebal” dan “Kapal Tangki” Dalam Dunia Telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Terdapat dua produk menarik yang dipamerkan Energizer di reruai MWC 2018 mereka. Ia adalah dua buah telefon masing-masing memiliki satu ciri khusus.

Energizer Hardcase H590S

Siri Hardcase dalam jenama Energizer melambangkan keutuhan telefon ini. Ia milikan ketahanan yang memenuhi piawaian MIL-STD-810. Ya, kami cuba jatuhkannya pada ketinggian 2 meter beberapa kali dan ia tdak menunjukkan tanda-tanda mengalah.



Bukan itu saja, kekalisan debu/air IP68 meningkatkan lagi ketahanan telefon ini untuk menempuhi aktiviti seharian penggunannya.

Semasa berada di dalam tangan, rasanya memang teguh walaupun diperbuat daripada plastik. Rasanya kalau saya gunakan telefon ini, casing pun tidak diperlukannya.



Sungguhpun lasak, ia masih lengkap dengan fungsi-fungsi yang sebuah telefon masa ini ada. Contohnya paparan telefon ini bersaiz 5.90″ dengan resolusi HD+ Penuh.

Kemudian ia hadir konfigurasi kuadkamera, dua belakang dan dua depan. Kamera belakang 16MP dan kamera depan 13MP masing-masing ditemani kamera sekunder 0.3MP untuk mengukur kedalaman. Tapi hasil imej daripadanya tidaklah “wow”.

Spesifikasi dalamnya juga adalah baik. Anda menerima RAM sebesar 6GB dan storan 128GB untuk menyimpan data.

Walau bagaimanapun, sedikit kelemahannya adalah ia menggunakan cip Mediatek MT6753 yang bermakna anda mungkin mengalami kesukaran untuk menjalankan APP yang lebih berat seperti gaming.

Telefon ini dijalankan sekeping bateri berkapasiti 5,800mAh.

Energizer Power Max P16K Pro

Tahukah yang anda boleh tonton video terus menerus selama dua hari menggunakan telefon ini? Anda juga boleh gunakan telefon ini 10 hari tanpa perlu dicas. Itulah kehebatan Power Max P16K Pro daripada Energizer.

Telefon ini seperti memikul sebuah powerbank terus dibelakang badannya. Kami tak percaya dan bergegas ke reruai Energizer untuk melihat dengan mata sendiri.

Pergh, memang besar gedabak telefon ini. Memang terasa jisimnya apabila berada dalam poket. Tapi, telefon yang dipamerkan cumalah sebuah mock-up dan tidak boleh dihidupkan.

Kami hanya bermain dengan rupa luarannya saja. Selain berat, kelihatan telefon ini turut menggunakan paparan 18:9, sama seperti H590S. Menurut sepsifikasi, ia adalah skrin 5.99″ dengan reolusi HD+ Penuh.

Dwikamera depan dan belakang telefon ini adalah lebih baik daripada H590S kerana kamera sekundernya turut boleh mengambil gambar. Anda beroleh kamera belakang 16MP +13MP dan kamera depan 13MP +5MP.

Satu lagi kelebihan telefon ini adalah ia menjalankan sistem operasi Android 8.0 dan digerakkan “enjin” daripada model Mediatek helio P23.

RAM yang menemani cip itu adalah 6GB besarnya manakala storan yang diberikan adalah 128GB.


Kedua-dua telefon ini dijangka mula dijual sekitar Q2 2018 dan belum pasti sama ada Malaysia adalah salah satu pasaran sasaran telefon ini.

Tags: Energizerenergizer hardcase h590senergizer malaysiaenergizer power max p16k prohardcase h590smwc 2018MWC2018power max p16k pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER