• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CAT S61 Miliki Tiga Sensor Yang Tak Mungkin Anda Terfikir Akan Ada Pada Telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:14 am
  • 01/03/2018
  • Komen
CAT S61 Miliki Tiga Sensor Yang Tak Mungkin Anda Terfikir Akan Ada Pada Telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Nama CAT dalam industri pembinaan tidak perlu diperkenalkan lagi. Siapa sangka syarikat yang terkenal degnan jentera beratnya inipun ada sebuah reruai di MWC 2018. Tapi apakah mereka tidaklah mempamerkan sebuah jentolak mudah alih, tapi sebuah telefon!

CAT S61 dibangunkan untuk menggantikan CAT S60 yang diperkenalkan pada tahun sudah. Ia ini tampil dengan beberapa pembaharuan yang menarik.



Salah satunya adalah adalah kehadiran sensor pengesan kualiti udara untuk menyertai dua sensor sedia ada iaitu sensor pengimejan terma dan juga sensor pengukur panjang.

Saya mencuba ketiga-tiga ciri ini dan ia berfungsi seperti yang diiklankan.



Pengimbas terma boleh memetakan keadaan suhu persekitaran sekurang-kurangnya 30m jauhnya. Kemudian, anda boleh mengukur jarak daripada titik A ke titik B tanpa perlu menanda menggunakan pensel dan bacaan kualiti udara persekitaran anda dihidangkan dalam cara yang mudah difahami.

Memegang CAT S61 dalam tangan terasa seperti memegang batu bata. Bukan saja beratnya nyata dirasai tapi tubuhnya yang agak berisi menandakan telefon ini bukan main-main dan ada misinya yang tersendiri.

Mana taknya, ia miliki cap piawiaan MIL-STD-810 serta IP68 yang menjamin keutuhannya. Untuk ciri-ciri asas telefon pintar, ia adalah sebuah telefon 5.2″ HD Penuh dengan bateri sebesar 4,500mAh.

Pada papan utama, ia berjalan di atas platform Snapdragon 630. Mengiringinya adalah RAM 4GB dan storan 64GB.

Jika anda seorang Pegawai Keselamatan & Kesihatan yang banyak bekerja di tapak projek, telefon ini sesuai untuk anda.

Tags: catcat s61flirmwc 2018MWC2018
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Netflix Malaysia mula kenakan caj RM13 untuk pengguna berkongsi akaun yang tidak tinggal serumah

Netflix Malaysia mula kenakan caj RM13 untuk pengguna berkongsi akaun yang tidak tinggal serumah

24 Mei 2023
SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

24 Mei 2023
CAT S61 Miliki Tiga Sensor Yang Tak Mungkin Anda Terfikir Akan Ada Pada Telefon

CAT S61 Miliki Tiga Sensor Yang Tak Mungkin Anda Terfikir Akan Ada Pada Telefon

1 Mac 2018
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER