• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hiburan berkualiti Sony untuk semua penumpang Premium AirAsia X

  • OLEH Najib
  • 12:59 am
  • 01/03/2018
  • Komen
Hiburan berkualiti Sony untuk semua penumpang Premium AirAsia X
Share on FacebookShare on Twitter

Penumpang penerbangan AirAsia X ke Jepun boleh menikmati hiburan penerbangan lebih berkualiti melalui kerjasama yang diumumkan bersama Sony Corporation hari ini. Penumpang bukan sahaja dapat tidur dengan selesa, malah menerima layanan hiburan yang lebih berkualiti.

Khas buat penumpang Premium Flatbed antara Kuala Lumpur dan Tokyo (Haneda), mulai 26 Februari mereka akan menerima pek hiburan dalam penerbangan Xcite, bersama fon kepala Sony WH-900N berwarna merah. Fon kepala mudah alih ini dilengkapi keupayaan pembatalan bunyi bising persekitaran (noise cancelling).



Buat permulaan, fon kepala Sony ini hanya terdapat untuk penerbangan AirAsia X di antara Kuala Lumpur dan Tokyo (Haneda) sahaja. AirAsia merancang untuk meluaskan lagi ke laluan lain di fasa akan datang.

Bagi meraikan lagi kerjasama AirAsia dan Sony ini, AirAsia X memberi diskaun 20% untuk tempahan penerbangan AirAsia X dari sekarang hingga 4 Mac 2018, menggunakan kod promo ‘SONY20‘. Perjalanan perlu dibuat antara 26 Februari hingga 31 Julai 2018.



Di pihak Sony pula, semua penumpang AirAsia X ke Jepun (Kod pesawat D7, XJ & XT) boleh mendapat hadiah percuma dengan mengemukakan pas pesawat AirAsia X di gedung Sony di Ginza, Tokyo. Di Malaysia pula, mereka boleh mendapat diskaun istimewa di gudang Sony di KLCC dan The Curve.

Maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, boleh didapati di twitter @AirAsia dan Facebook AirAsia.

Tags: AirAsiaAirAsia XSonySony MalaysiaSony WH-900NXcite
Najib

Najib

POPULAR

Hiburan berkualiti Sony untuk semua penumpang Premium AirAsia X

Hiburan berkualiti Sony untuk semua penumpang Premium AirAsia X

1 March 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN